MISI DAKWAH YAYASAN AMAL BERJAYA

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, August 17, 2009

Yayasan Amal Malaysia (YAM) menamatkan misi dakwahnya di Sarawak, Brunai dan Sabah dengan jayanya. Misi dakwah kali ini adalah dalam usaha mencari kesepakatan dengan beberapa pihak bagi mewujudkan Pusat Dakwah Serantau. Siri-siri pertemuan dan muzakarah yang diadakan menampakkan hasil yang begitu memberangsangkan. Rakyat di Sarawak, Sabah bahkan di Brunai menunggu kewujudan Pusat Dakwah Serantau yang bakal didirikan di Limbang, Sarawak.

Program penutup kami adakan di Surau Astral,Kota Kinabalu. Kehadiran yang begitu ramai penduduk tempatan dan juga pegawai-pegawai kerajaan dari Semenanjung memeriahkan majlis tersebut. Program dimulakan dengan gotong royong Surau Astral untuk persiapan Ramadhan, taklimat dan perbincangan mengenai Yayasan Amal dan Pusat Dakwah Serantau. Majlis ditutup dengan ucapan dan ceramah motivasi oleh Ust. Abu Bakar Chik selaku panel majlis Perunding Yayasan Amal Malaysia.

Kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur kira-kira jam 4.45 petang dari Lapangan terbang Air Asia Kota Kinabalu dan sampai di LCCT kira-kira jam 7.30 ptg. Saya terus pulang ke Ipoh dengan menumpang Ust Abu Bakar Chik yang meneruskan perjuangan di Permatang Pasir. Petang esok saya juga berhasrat untuk bertugas sepenuh masa di Permatang Pasir bagi membantu calon PAS dan jentera pilihanraya mengekalkan kemenangan.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!