PRK N11: Meneruskan Agenda Pak Hamdan

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, August 18, 2009

Terima kasih kepada semua penyokong yang hadir semasa penamaan calon tadi. Sedar atau tidak sudah 18 hari Pak Hamdan meninggalkan kita. Walau masih ada yang bersedih diatas kehilangannya, tetapi yang masih hidup perlu mengambil ikhtibar dan perlu meneruskan wadah perjuangan yang beliau tinggalkan.

UMNO selalu melaungkan yang mereka membela hak bangsa Melayu di Pulau Pinang. Bangunan UMNO Pulau Pinang yang tersergam tinggi di sebelah KOMTAR menampakkan yang bangsa Melayu terbela dengan adanya mereka. Itu mungkin persepsi dari kaca mata orang luar sahaja, tetapi hakikat sebenar nasib Melayu Pulau Pinang kian sepi dan lesu.

Pak Hamdan rasa terpanggil membela bangsanya sendiri yang sebenarnya tertindas dengan tangan-tangan bangsanya sendiri. Isu-isu tanah wakaf, dan juga isu tanah perkuburan Islam sentiasa menjadi perhatian Pak Hamdan. Tanah perkuburan orang Islam di Pulau Pinang sebenarnya sudah tidak dapat menampung bagi kegunaan orang Islam akan datang. Jesteru itu, Pak Hamdan bangkit dan lantang bersuara di sidang DUN Pulau Pinang.

Isu tanah di Kampung Tanjung Tokong yang sehingga kini masih membelenggu penduduk di situ juga harus dilihat oleh calon seterusnya. Pemimpin Pakatan Rakyat mahupun dari BN sendiri sentiasa sahaja keluar masuk ke kampung tersebut namun sehingga kini tidak menampakkan jalan keluar dari masalah tersebut.

Diharap agar apa yang diusahakan oleh Pak Hamdan akan diteruskan oleh calon selepasnnya sehingga berja

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!