KEMENANGAN PAS DI PERMATANG PASIR KERANA KEKUATAN RAKYAT DAN PAKATAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, September 1, 2009

Ramai yang mengubungi saya bertanya mengenai kenyataan saya di Sinar Harian semalam tentang Kemenangan Permatang Pasir Bukan Faktor Anwar. Mereka bertanya tidakkah kenyataan ini akan menyinggung Anwar dan rakan-rakan dalam PKR.

Saya jawab, Anwar pemimpin yang berjiwa besar, dia tidak akan tersinggung dengan kenyataan ini. Lagipun baca berita itu sehingga habis, jangan baca tajuk sahaja.

Saya beritahu wartawan Sinar, kemenangan PAS di Permatang Pasir tidak semata-mata faktor Anwar, Permatang Pasir sejak tahun 1999 dimenangi oleh PAS, pada tahun 2004 pula di ketika DUN lain di Parlimen Permatang Pauh iaitu DUN Penanti dan Seberang Jaya dimenangi BN, PAS tetap menang di Permatang Pasir. Kalau Anwar jadi penentu kemenangan sudah tentu di kedua-dua DUN tersebut, calon PKR juga akan menang.

Sebenarnya banyak faktor kemenangan PAS di Permatang Pasir, antaranya sumbangan besar wakil rakyat PAS sejak tahun 1999 dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat sehingga rakyat tidak boleh melupakan jasanya. Allahyarham memang tidak berupaya membawa pembangunan dalam bentuk infrastuktur dan material, tetapi perkhidmatan dan sentuhan peribadinya yang mesra rakyat menjadikan beliau dekat di hati rakyat.

Manakala calon yang dikemukakan oleh PAS juga disenangi oleh rakyat, biarpun pernah kalah 6 kali sebelum ini dalam pilihanraya, namun imej Ustaz Saleh Man jauh lebih baik berbanding calon BN. Beliau tidak ada masalah peribadi, UMNO cuba create isu kononnya calon PAS songlap duit pilihanraya 6 ratus ribu sewaktu PRK Permatang Pauh, isu bodoh ini menjelaskan memperbodohkan UMNO sendiri, tidak munasabah langsung.

Permatang Pauh yang bertanding Datuk Seri Anwar, calon PKR. Tidak ada sebab ada orang nak bagi sumbangan kepada Ust Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. Kalau pun ada ahli dan Koporat PAS nak bagi sumbangan melalui PAS, juga tidak munasabah sebanyak itu.

Sekalipun calon PAS yang bertanding seperti di Bukit Gantang, jentera PAS tidak pernah menerima sumbangan pilihanraya dari ahli dan penyokong PAS sebanyak itu. Inilah lawak bodoh UMNO BN yang akhirnya memperlihatkan watak bodoh UMNO BN itu sendiri.

Saya juga memberitahu wartawan Sinar Harian, Anwar sememangnya mempunyai personaliti yang hebat, tetapi personaliti hebat semata-mata tanpa sokongan pihak lain ia tidak ke mana, adanya PAS dan lain-lain menambahkan lagi kekuatan Pakatan Rakyat dan juga Datuk Seri Anwar.

Apa yang penting sebenarnya, kemenangan PAS di Permatang Pasir adalah disebabkan kekuatan dan persefahaman yang baik dalam kalangan parti PR. Kerjasama yang baik dalam komponan PR tidak dapat dinafikan sebagai faktor utama kemenangan PAS. PAS pula tidak pernah mendakwa, kemenangan PAS disebabkan kekuatan PAS semata-mata.

Sebenarnya tajuk utama petikan akhbar itu yang mungkin seolah-olah saya menafikan langsung faktor Anwar sebagai salah satu sebab kita menang. Boleh jadi editor Sinar berbuat demikian bagi menggambarkan Anwar tidak ada pengaruh langsung dalam kemenangan PAS di Permatang Pasir.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!