Kehadiran Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS ke program Sambutan Badr Al Kubra Peringkat negeri Perak berjaya membangkitkan semangat Badr Al Kubra dalam kalangan ahli dan penyokong PAS dan orang ramai.
Lebih dua ribu umat Islam berkumpul di Madrasah Al Ikhlasiah, Kg. Manjoi bagi mengerjakan solat tarawikh bersama pimpinan PAS. Program bermula sejak pukul 3.00 petang lagi di mana Tuan Guru memberi taujihat kepada Pimpinan Pemuda PAS seluruh Perak,Selepas Asar pula Datuk Seri Tuan Guru memberi pengisian kepada pimpinan PAS seluruh kawasan di Perak dalam prograjm Liqa' Al Fikri.
Majlis berbuka puasa diluar jangka kehadirannya, hampir sahaja makanan yang disediakan tidak mencukupi. Kehadiran orang ramai untuk bersolat Tarawikh juga diluar jangka, begitu juga dalam majlis ceramah selepas Solat Tarawikh.
Kuliah Maghrib pula di isi oleh pengisian yang mantap dari Al Fadhil Ust Shuaid Din. Ceramah malam itu disampaikan oleh Datuk Seri Tuan Guru, YB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ust Abu Bakar Husein, Pesuruhjaya PAS Perak.
Kehadiran yang melebihi target pada malam itu menandakan rakyat begitu merindui program-program yang seumpama itu, para hadirin diingatkan oleh pengerusi Majlis bahawa ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak, syiar Islam diperkenalkan kepada rakyat di Bandaraya Ipoh sepanjang Bulan Ramadhan.
Antaranya program yang mendapat sambutan ramai dari rakyat jelata ialah program Berbuka Puasa, Solat Tarawikh dan Tazkirah Perdana di Dataran DBI, tazkirah setiap pagi di Bangunan Perak darul Ridhuan oleh YAB MB, EXCO Agama, Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangam, Pengarah-pengarah Jabatan, Pegawai-pegawai Khas MB dan sebagainya secara bergilir-gilir.
Kerajaan negeri juga mengarahkan semua Jabatan Kerajaan Negeri mendirikan Solat Zohor berjamaah dan tazkirah selepas Zohor di semua surau Jabatan-jabatan Kerajaan.
Majlis malam itu juga diingatkan bahawa sepanjang BN memerintah Perak, belum ada seorang pun Pengarah JAIP dari kalangan ulama, kali ini PR telah mencadangkan kepada Tuanku supaya melantik Imam Besar Masjid Negeri Perak sebagai Pengarah JAIP yang baru.
Alhamdulillah, Dato' Syeikh Mohd Noor Mansur sekarang dilantik sebagai Pengarah JAIP. Begitu juga sebelum ini,Pengarah JKR negeri Perak bukan dari kalangan Melayu, sekarang Pengerah JKR Perak adalah Melayu. Itu semua peranan yang dimainkan oleh PR dan lebih-lebih lagi oleh Dato' Seri Hj Nizar sebagai Menteri Besar.
Program tersebut turut dihadiri oleh Ahli-ahli Kelab Penyokong PAS, mereka ikut serta berbuka puasa dan mendengar ceramah. Kesemua ahli Kelab Penyokong PAS cukup bergembira dan tidak merasa kekok bersama dalam majlis seumpama ini.
KEHADIRAN LUAR JANGKA SAMBUTAN BADR AL KUBRA NEGERI PERAK
Dicatat oleh
MisbahulMunir
Monday, September 7, 2009