DUA PEMIMPIN UTAMA PR SERENTAK TURUN KE IPOH

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, September 7, 2009

Rakyat Ipoh dikejutkan dengan kehadiran 2 tokoh besar Pakatan Rakyat. Walaupun mereka hadir dalam program yang berasingan, namun kehadiran orang ramai di dua-dua program tersebut tidak terjejas. Datuk Seri Anwar di dewan Tow Bow Keong, Jalan Kampar, manakala Datuk Seri Tuan Guru di Kg. Manjoi.

Program Datuk Seri Anwar adalah bagi meraikan 40 orang lebih ahli-ahli MCA yang mengisytiharkan keluar MCA dan menyertai PR setelah mereka hilang keyakinan kepada perjuangan MCA dan BN. Mereka memilih PKR untuk bersama menjatuhkan BN pada pilihanraya akan datang.

Datuk Seri Tuan Guru pula bersama rakyat di Kg. Manjoi sejak pukul 3.00 petang lagi, kehairan disambut meriah oleh penduduk tempatan dan orang ramai. Datuk Tuan Guru menghadiri program Sambutan Badr Al Kubra peringkat negeri yang dianjurkan oleh PAS negeri Perak.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!