IBU MERTUA SELAMAT DIKEBUMI

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, September 17, 2009


Datuk Abdul Rahman Yunus (Ketua Hakim Syari'e Pahang) sedang mentalqinkan jenazah

Beberapa minggu selepas adek perempuan bongsu meninggalkan kami untuk selama-lamanya di atas muka bumi ini, kini,ibu mertua pula telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 22 Ramadhan 1430 bersamaan 11 September.

Pemergiannya amat mengejutkan, kerana walaupun beliau terlantar sakit berminggu-minggu lamanya, namun sejak akhir-akhir ini, ada petanda kesihatannya beransur pulih, tiba-tiba taqdir Allah mengatasinya segala-galanya. Apakan daya, Allah swt. lebih menyayanginya berbanding anak-anak dan ahli keluarganya.

Kami semua meredhakan pemrgiannya dengan penuh ikhlas. Kesedihan adalah lumrah semua manusia yang mempunyai jiwa, tetapi Alhamdulillah, tanda redhanya kami sekeluarga, tidak ada yang melahirkan rasa kesedihan yang melampu dengan meraung-raung, kami semua menerima ketentuan Allah dengan tenang, tabah dan sabar. Kami yakin, ketentuan Allah swt. adalah pilihan yang adil dan sebaik-baiknya.


Jenazah ibu mertua telah selamat dikebumikan di Perkuburan Kg, Bukit Serdang, Bera Pahang Darul Makmur. Al Fadhil Datuk Abdul Rahman Yunus (Ketua Hakim Syarie Pahang) yang ada hubungan kekeluargaan yang agak rapat dengan ibu mertua telah mengimami solat jenazah dan talqin.

Semuga jasad Allahyarhamah ibu mertua bersemadi dengan tenang, manakala rohnya Insya Allah sentiasa dirahmati oleh Allah swt.


About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!