Syeikh Mahmud Siyam (Bekas Imam Masjid Al Aqsa) dan sekarang reaktor Universiti Islam Palestin telah berkunjung ke Perak baru-baru ini. Kunjungannya adalah dalam rangka menagih simpati umat Islam Perak dan Malaysia umumnya bagi membantu perjuangan rakyat di Palestin menentang regim ganas yahudi laknatullah. Saban Ramadhan beliau akan menjelajah bumi Indonesia dan Malaysia bagi tujuan tersebut.
Kunjungan beliau ke Perak baru-baru ini, dimanfaatkan sepenuhnya oleh PAS Perak untuk berdailog dengannya mengenai perkembangan terkini Palestin, menurutnya Yahudi cukup gentar dan takut dengan intifadhah rakyat Palestin yang dipimpin oleh gerakan HAMAS,Yahudi tidak kuat sebenarnya, hanya kerana di belakang mereka Amerika yang menjadi sekutunya yang paling akrab menjadikan Yahudi bebas melakukan kezaliman. Sementelah pula rakyat Palestin tidak bersatu sepenuhnya menentang Isrel.
Beliau juga melaporkan bahawa tindakan umat Islam memboikot semua produk Yahudi dan Amerika memberi kesan yang berat ke atas ekonomi Israel, beliu menyeru umat Islam meneruskan pemboikotan semua barangan keluaran Amerika dan Yahudi.
Sempena dengan kunjungan ke Perak, beliau telah diberi penghormatan mengimami Solat Tarawikh di Masjid Negeri, dan menyampaikan ceramah Perdana di Dewan Bandararaya Ipoh dengan dihadiri lebih 1000 orang. Hampir 50 ribu ringgit berjaya dipungut pada malam itu untuk disumbangkan kepada perjuangan rakyat Palestin.