Saya dan seluruh ahli keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Eidul Fitri 1430, segala salah dan silap mohon kemaafan dari semua rakyat Malaysia yang mengenali saya. Mudah-mudahan Ramadhan yang telah kita lalui dengan penuh keimanan dan keinsafan serta mencari beberapa kelebihan beramal sepanjang Ramadhan dapat meningkatkan ketaqwaan, kesabaran, semangat perjuangan, keikhlasan dan pengorbanan. Ramadhan yang kita lalui kali ini hendaknya lebih baik dari Ramadhan yang lalu, dan Insya Allah akan lebih meningkat lagi pada Ramadhan yang akan datang.
Sekarang kita berada pula di bulan Syawal, Syawal juga ada kelebihan yang tersendiri walaupun tidak sama kelebihan beramal di bulan Ramadhan, namun kelebihan Syawal juga hendaklah kita ambil peluang untuk menambah amalan, antaranya puasa 6 di bulan Syawal. Syawal sering dipanggil sebagai hari Kemenangan, sambutlah hari kemenangan itu dengan perbanyakkan tasbih, takbir, tahmid dan istighfar kepada Allah swt, kerana itulah yang diajar oleh Allah swt kepada hambanya bagi meraikan hari kemenangan. Dan kemenangan yang lebih besar yang kita impikan ialah kemenangan yang dengan kemenangan itu Islam dapat ditegakkan di atas bumi ini, selagi kemenangan ini kita tidak capai selagi itulah Syariat Islam yang menyeluruh tidak dapat kita nikmati. Justeru itu, hasil tarbiyyah yang telah kita lalui sepanjang Ramadhan menjadi motivasi untuk perjuangan yang lebih besar iaitu menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia dengan menghancur leburkan musuh-musuh Islam di muka bumi ini.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil hamd.