BLOGGER PERAK BERKAMPUNG DI BAGAN PINANG

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, October 8, 2009

Ust. Abd. Ghani Shamsuddin, Pengerusi lajnah IT PAS Pusat
mengambil kesempatan bertanya khabar para blogger di Bagan Pinang


Para blogger Perak turut berkampung bersama dengan blogger yang lain di Bagan Pinang bagi membantu memenangkan calon PAS dalam PRK Bagan Pinang. Peranan blogger sangat penting dalam pilihanraya kecil seumpama ini. Apatah lagi media PAS berhadapan dengan media arus perdana yang dikuasai oleh BN walaupun media tersebut bukan milik mutlak mereka.

PerakEkpress.com bersama dengan crewnya telah berkampung sejak sebelum hari penamaan calon lagi.

Para blogger ini datang tidak dibayar upah, tidurpun tidak mengira tempat, tidak juga minta dilayani seumpama VIP, asalkan boleh melelap mata, kadang-kadang mereka disyaki, ada juga yang dimaki dan diperli, namun itu semua tidak dihiraukan oleh mereka. Yang penting mereka dapat berita yang sebenar dari sumber yang pertama dan tepat, lalu dimuatkan dalam blog-blog mereka untuk menjadi tatapan umum.

Peranan mereka cukup besar, cari bahan berita untuk dimuatkan dalam blog mereka. Niat mereka hanya untuk membantu supaya semua maklumat yang tidak disiarkan oleh media arus perdana dan tidak juga disiarkan oleh media parti disiarkan melalui media mereka. Blog-blog seumpama ini dibaca oleh jutaan pembaca terutama anak-anak muda yang mahukan maklumat yang benar dan tepat.

Cuma kadang-kadang ada juga blogger yang samada disedari atau tidak kadang-kadang terlatah dengan isu-isu yang dicipta oleh media BN, tanpa memikirkan kesan dari penulisan mereka, para blogger ini terus menghentam tanpa kasihan belas pimpinan-pimpinan PAS yang berkenaan. Mereka ada hak untuk tidak bersetuju dengan pandangan pimpinan, tetapi amat tidak berakhlak kalau pimpinan PAS jadi sasaran melepaskan geram. UMNO BN sudah tentu seronok dengan suasana ini.

Apapun kita ucapkan syabas dan tahniah kepada para blogger ini yang sumbangan mereka cukup besar kepada perjuangan. Terima kasih para blogger rakyat.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!