Pagi tadi saya sungguh bertuah dapat mendengar tazkirah ringkas dari YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Markaz Induk PRK PAS Bagan Pinang. Menurut Tuan Guru, budaya samseng dalam UMNO sudah wujud sejak tahun 60an lagi.UMNO menggunakan Pemuda Tahan lasaknya untuk memukul, mengugut, merosakkan poster-poster PAS dalam pilihanraya. UMNO ketika itu cuba menafikan perbuatan jahat dan biadab mereka.

Kata Tuan Guru, kalau bukan UMNO, PAS sudah tentu tidak sama sekali, Iblislah yang menjadi kepada samseng ketika itu. Iblis yang berwajah manusia. hari ini budaya tersebut mula kembali, mereka menyerang dengan jelas pemuda-pemuda PAS yang bertugas ketika itu. Sebelum inipun ada perayu-perayu undi PAS diganggu dan diugut oleh petugas UMNO kerana kononnya menceroboh kawasan mereka.

Tuan Guru mengingatkan perbuatan jahat mereka kalaupun di dunia tidak sempat dibalas, pasti di akhirat akan dibalas oleh Allah swt.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!