Gadai Tanah Rezab Melayu - Isa layak jadi maskot rasuah

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, October 9, 2009

BAGAN PINANG, 9 Oktober - PAS mengingatkan Umno-BN yang ingin memainkan isu-isu perkauman menjelang pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang bagi meraih undi dan sokongan pengundi bagi mengekalkan kerusi Dun Bagan Pinang.

Pengarah Jentera Operasi PAS, Salahuddin Ayub berkata BN perlu meneliti semula jumlah Tanah Rezab Melayu yang telah berpindah milik kepada buakn Melayu di sekitar Bagan Pinang dan Telok Kemang.

"Lihatlah Tanah Rezab Melayu berjumlah 20 ekar yang terletak berdepan dengan Pusat Gerakan BN berhampiran Marina Bay Resort Batu 6, Telok Kemang telah berpindah milik kepada bukan Melayu pada masa Tan Sri Isa Samad menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan," katanya pada satu sidang media harian PAS, di Markaz Induk PAS Jalan Pantai, Port Dickson.

Beliau meminta pengundi Bagan Pinang agar membuat penilaian sebaiknya isu tersebut apabila BN mencanangkan bahawa mereka ingin memperjuangkan agenda Melayu.

Berdasarkan satu maklumat yang diperolehi, tanah-tanah yang dianugerahkan Kerajaan Negeri Sembilan kepada Syarikat Daerah Port Dickson telah dijual kepada pihak ketiga untuk mendapat untung atas angin dengan segera sehingga menyebabkan ramai yang menjadi jutawan segera.

"Ramai rakyat miskin tidak diberikan sebarang tanah untuk sebarang tujuan," ujarnya.

Menurut satu jawapan yang dikemukakan Adun Lenggeng dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri, tanah hutan simpan malah huta simpan kekal telah dianugerahkan kepada kroni-kroni Isa Samad.

Malah tanah dasar laut pun turut dijual termasuk pulau dijual dengan lautnya sekali.

"Ini merupakan isu kredibiliti dan kepercayaan apatah lagi ia membabitkan elemen rasuah dalam urusan pentadbiran sesebuah negeri,"

"Maka benarlah kita katakan di sini Isa layak dinobatkan sebagai ikon pemalsuan dan maskot rasuah," demikian katanya.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!