GOTONG ROYONG MEMASAK UNTUK JAMUAN RAYA PAS PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, October 18, 2009



Seawal pagi lagi kerja-kerja memasak untuk majlis Jamuan Eidul Fitri PAS Perak tengahari Ahad esok di Arena Square telah bermula. Masak memasak dikerjakan secara gotong royong dan sukarela oleh ahli-ahli PAS Rapat Setia. Kerja-kerja memasak dibuat di Surau Al Ehsan, Rapat Setia.
Makanan yang disediakan adalah untuk tetamu-tetamu yang dianggarkan antara 6 - 8 ribu, tidak juga mustahil, kehadiran mungkin di luar jangka. Pengalaman menghadiri majlis jamuan hari raya peringkat kawasan-kawasan menunjukkan kehadiran orang ramai semuanya di luar jangka, makanan yang disediakan hampir-hampir tidak mencukupi. Ada di setengah tempat, memang tidak mencukupi.
PAS Perak dengan kerjasama PAS Kawasan Gopeng dan Batu Gajah menyediakan petugas-petugas sukarela bagi menyediakan makanan. Menu yang disediakan untuk esok antaranya ialah Nasi Minyak berlauk kari daging, dalca, ayam goreng berempah, lemang, rendang, soto, mihun sop, satay, cendol dan sebagainya.

Ustaz Abu Bakar Husein bersama pimpinan PAS negeri yang lain turut bergotong royong memasak. Lewat malam tadi, YB Ming Kai, Adun Simpang Pulai turut hadir menyaksikan kerja-kerja memasak. Beliau melahirkan rasa seronok dapat bersama malam ini, sebaliknya melahirkan rasa dukacita kerana esok tidak dapat bersama kerana terlibat dengan program parti yang tidak dapat dielakkan di tempat yang lain.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!