JAMUAN EIDUL FITRI PAS PERAK - KEHADIRAN LUAR JANGKA

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, October 18, 2009




Majlis Jamuan Eidul Fitri PAS Perak yang diadakan di Arena Square, Batu Gajah dihadiri ribuan rakyat dari seluruh Perak. Saya sendiri tidak dapat mengagak berapa jumlah kehadiran, mengikut anggaran para wartawan dan blogger yang turut meraikan majlis tersebut, kehadiran menjangkau hampir 10 ribu orang.
Sepatutnya majlis dimulakan jam 12.00 tengahari dengan terlebih dahulu mendengar ucapan-ucapan aluan dari pimpinan PAS Perak. Tetapi orang ramai mula membanjiri Arena Square sejak pukul 11.00 pagi lagi, kehadiran bertambah sesak sehingga jamuan terus dimulakan tanpa menunggu ucapan-ucapan terlebih dahulu. Walau bagaimanapun ucapan dimulakan kira-kira jam 12.30 tengahari dengan ucapan aluan oleh Pengarah Program merangkap Setiausaha Perhubungan PAS Perak, diikuti dengan ucapan aluan oleh Ustaz Abu Bakar Hussein, Pesuruhjaya PAS Perak.
Makanan yang disediakan hampir-hampir kehabisan setelah 1 jam bermula, mujurlah pihak urusetia sempat menyediakan menu tambahan berupa keropok lekor goreng dan bihun sup.

Namun orang ramai setia menanti, kejemuan mereka menanti menu tambahan siap dimasak terubat apabila Akhwan Affendi yang mukanya mirip Mawi muncul dengan mendendangkan lagu-lagu nasyid.Acara jamuan eidul fitri bertambah seri dengan pelancaran 'Orang Muda Geng Kita'. 300 orang anak-anak muda bermotor telah menyertai Kelab Pemuda Bermotor. Pesuruhjaya PAS Perak telah melancarkannya dengan melekatkan sticker 'Orang Muda Geng Kita' di motor-motor kepunyaan mereka.

Beberapa pimpinan dan ADUN Pakatan Rakyat juga turut hadir dalam majlis tersebut. Rakyat dari berbilang kaum kelihatan ramai yang hadir. Semua pimpinan PR dan orang ramai menjamu selera bersama-sama tanpa membeza-bezakan menu makanan, mereka turut berbaris sebagaimana orang lain berbaris. Bahkan ada pimpinan PAS yang memberi keutamaan kepada orang ramai terlebih dahulu dan turut melayan tetamu dengan penuh ramah dan mesra. Ada juga yang berdiri di tempat hidangan untuk menghulurkan makanan dan minuman kepada orang ramai.Anak-anak yatim dari Darul Sa'adah, Tambun dan fakir miskin sekitar Batu Gajah menjadi tetamu istimewa pada majlis tersebut. Kesemua mereka telah diberi sumbangan duit raya dan hamper. Kanak-kanak juga turut mendapat duit raya dari pimpinan PAS negeri.



Majlis bersurai kira-kira jam 3.00 petang.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!