Kejayaan besar Pakatan Rakyat dalam mendekatkan pelbagai budaya, agama dan kaum adalam Hari Terbuka Pakatan Rakyat yang diadakan malam tadi. Program anjuran ketiga-tiga parti berjaya menghimpunkan semua kaum di Perak dengan begitu meriah dan berseri.
Hari Terbuka Pakatan Rakyat memperlihatkan kesamaan semua rakyat, tidak ada menu dan temput duduk istemewa untuk pemimpin atau vip, semua duduk bersama, makan bersama dan bergaul bersama.
Tidak ada bunyi-bunyian muzik yang melampau, yang ada cuma persembahan kebudayaan tarian Cina, India dan Nasyid. Kos jamuan pula ditanggung oleh ketiga-tiga parti, kita tidak bebankan orang lain untuk sponsor jamuan, rakyat datang pula dengan ikhlas hati, penganjur tidak sediakan kemudahan bas dan duit poket. Pendek kata semua rakyat datang dengan ikhlas hati tanda sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Mereka datang bukan mahu makan sedap, lazat dan kenyang tetapi mengambil kesempatan beramah mesra dengan pimpinan Pakatan Rakyat. Ucapan-ucapan ringkas pimpinan berjaya mencuit hati rakyat yang hadir, memberi tepukan gemuruh kepada setiap ucapan yang disampaikan lebih-lebih lagi kepada YB Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin.
Berbeza dengan perhimpunan 1 Malaysia, difahamkan lebih 600 ratus ribu ringgit diperuntukkan untuk menyediakan kemudahan pengangkutan, belum lagi peruntukkan yang disediakan sebagai duit poket untuk mereka yang datang. Setiap sekolah di Perak di paksa menghantar 60 orang pelajar, pegawai, kakitangan kerajaan dan JKKK juga dipaksa hadir ke program tersebut semata-mata mahu menyambut dan mendengar ucapan Najib.
Sebelum dan selepas program, semua kerja-kerja persiapan dilakukan secara gotong royong dan sukarela. Semua petugas bekerja dengan sukarela, tidak ada yang meminta upah atau bayaran dan tidak ada yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan. Kalaupun ada yang melibatkan kos, sewa khemah, jamuan, banner dan sewa P.A System. Jawatankuasa yang dipertanggungjawab untuk mengurus semua urusan tersebut tidak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Bayaran yang dikenakan berdasarkan jumlah sebenar yang dikenakan oleh tukang masak, penyewa dan sebagainya.
Inilah kelebihan program-program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.
Kita percaya, kalau BN yang anjurkan program seumpama ini, agaknya berapa ratus ribu yang dihabiskan untuk jamuan sahaja, belum yang lain-lain. Sewaktu Pakatan Rakyat memerintah dahulu, saya pernah didatangai oleh katerer yang menawarkan sebut harga makanan dalam majlis-majlis jamuan anjuran kerajaan negeri. Saya bertanya "mengapa harga yang dikenakan terlalu tinggi"?. Mereka hanya menjawab "dulu zaman BN inilah harganya.
Kerajaan PR terus menetapkan, untuk jamuan teh seorang tidak lebih RM 6.00, untuk jamuan makan tengahari atau makan malam tidak lebih RM 10.00 sekiranya buffet, dan tidak lebih RM 15.00 sekiranya berhidang. Berbeza zaman BN dulu, untuk jamuan ringan RM 25.00 dan untuk jamuan makan tengahari RM 45.00.
HARI TERBUKA PAKATAN RAKYAT - BERJAYA HIMPUN BERBILANG KAUM, AGAMA & BUDAYA
Dicatat oleh
MisbahulMunir
Monday, October 26, 2009