JAMUAN EIDUL FITRI PAS BAGAN DATOH MERIAH

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, October 15, 2009


Kehadiran Ikhwan Affendi yang wajahnya mirip Mawi memeriahkan sambutan Eidul Fitri PAS Bagan Datoh baru-baru ini. Kemunculannya sangat mengejutkan orang ramai terutamanya kanak-kanak kerana di sangkanya Mawi.

Walau bagaimanapun beliau tidak menghampakan tetamu yang hadir, beliau yang juga berbakat besar dalam nyanyian lagu-lagu nasyid telah mendendangkan beberapa buah lagu nasyid, ternyata para tetamu terutamanya kanak-kanak terhibur dengan persembahan dan celotehnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut sdr. Madzi Hasan, Ketua Cabang PKR Bagan Datoh, YB Khalil Idham Lim (Adun Titi Serong), YB Kesavan (Adun Hutan Melintang), pimpinan PR Bagan Datoh serta para tetamu yang terdiri dari seluruh lapisan masyarakat Bagan Datoh.

Loading...

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!