MASYARAKAT INDIA BAGAN DATOH DIRAIKAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, October 15, 2009

Pakatan Rakyat Bg Datoh tidak mengabaikan masyarakat India yang tinggal di estet-estet Bagan Datoh. Semalam mereka diraikan dalam satu majlis jamuan dan penyampaian hamper kepada penduduk India yang miskin. Penyampaian hamper disampaikan oleh YDP PAS Bg Datoh dan Ketua Cabang Parti Keadilan Bagan Datoh.
Walaupun sederhana tetapi meriah. Majlis tersebut diadakan di Kuala Perak Estet, dalam pilihanraya umum yang lepas kedua-dua calon PAS dan PKR menang di semua peti undi estet di Bg Datoh.

Rakyat India di Bagan Datoh mulai menerima perjuangan PR terutamanya PAS, sebelum ini PAS yang sentiasa bertanding dalam pilihanraya hanya mendapat undi tidak sampai 10 % dari pengundi-pengundi masyarakat India, kini setelah mereka berpeluang mendengar sendiri penerangan dari pimpinan PAS, keperihatinan PAS terhadap masyarakat India yang miskin dan kesan program-program kebajikan yang dianjurkan oleh kerajaan PR selama 11 bulan memerintah negeri Perak mendorong mereka untuk terus menyokong PR.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!