Semalam hakim mahkamah tinggi Ipoh tidak benarkan permohonan peguam Jamaluddin dan Osman untuk dapatkan penangguhan pada 28 Oktober supaya mereka boleh hadir sidang DUN. Sebaliknya hakim meminta kedua mereka menulis surat kepada Speaker memaklumkan ketidakhadiran dalam sidang dewan. Menurut hakim, perbicraan tetap akan diteruskan.
Sebelah petang, hakim menukar bertukar fikiran pulak. Dia benarkan tangguh untuk membolehkan kedua meraka hadir sidang DUN. Dia kata " I think I have to allow it ".
Mengapa hakim berubah fikiran ? Sudah tentu ada pihak lain cuba memberi tekanan kepada hakim sehingga hakim menukar keputusan. Sebagaimana diketahui 28 Oktober akan diadakan sidang DUN Perak. BN hanya mempunyai 28 orang ADUN dan 3 orang yang melompat. Kedudukannya 31. PR pula mempunyai 28 ADUN termasuk Sivakumar. Sekiranya 2 orang ADUN ini tidak menghadiri sidang, kedudukan BN kritikal untuk membuat sesuatu keputusan. Justeru itu, kehadiran Jamal dan Oslam sangat diperlukan. BN tertekan dalam kedudukan seumpama ini.
KES RASUAH JAMAL & OSMAN - HAKIM TUKAR KEPUTUSAN
Dicatat oleh
MisbahulMunir
Wednesday, October 21, 2009