PERBICARAAN KETUA KG DITUNDA LAGI

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, October 13, 2009

Perbicaraan kes saman Ketua Kampung terhadap kerajaan haram BN di tunda lagi ke 3 November 2009. Penundaan tersebut adalah atas permohonan pihak kerajaan haram BN yang mahu menjawab terlebih avidavit yang dikemukakan oleh Ketua-ketua Kg melalui peguam mereka Tuan Yusuf Ali & Co.

Peguam-peguam Ketua Kampung sedang memberi taklimat kepada Ketua-ketua Kampung yang hadir

Penundaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada Ketua-ketua Kg Pakatan Rakyat yang dipecat secara tidak sah oleh kerajaan haram BN Perak. Avidavit telah dikemukakan dua bulan yang lalu, sepatutnya mereka sudah menjawab avidavit tersebut, kealpaan kerajaan haram BN Perak untuk menjawab avidavit tersebut menunjukkan mereka tidak membuat persiapan yang serius bagi menghadapi kes ini di mahkamah.

Walau bagaimanapun penundaan ini tidak melemahkan semangat Ketua-ketua kampung yang hadir di Mahkamah Tinggi Ipoh pagi ini, mereka tetap bersemangat menuntut hak mereka yang dirampas supaya dikembalikan. Ketua-ketua kampung PR adalah dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya, mereka telah diberi watikah perlantikan oleh kerajaan PR untuk membolehkan mereka berkhidmat selama dua tahun dari surat perlantikan, mereka tidak boleh ditamatkan perkhidmatan begitu sahaja oleh kerajaan baru selagi tempoh perkhidmatan mereka belum tamat.

Sewaktu PR mengambil alih kerajaan Perak, tidak ada seorang pun Ketua-ketua Kampung yang dilantik oleh BN ditamatkan perkhidmatan mereka, malahan mereka ditawarkan untuk terus berkhidmat sehingga tempoh perkhidmatan mereka tamat, tetapi Ketua-ketua Kampung sendiri yang meletakkan jawatan beramai-ramai ketika itu, dan Kerajaan PR telah menggunakan saluran demokrasi yang adil iaitu melalui pilihanraya peringkat kampung bagi memilih Ketua-ketua Kampung yang baru.

Sebaik UMNO BN merampas kuasa dengan cara yang jijik dan haram, mereka terus ditamatkan perkhidmatan oleh mereka. Ketua-ketua Kampung yang dipecat tidak mendiamkan diri, satu Badan Bertindak telah ditubuh dan kini mereka sedang menuntut hak mereka dikembalikan dimahkamah. 3hb November datanglah beramai-ramai bagi menyatakan sokongan morak kepada mereka.


About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!