PERKHEMAHAN 1 MALAYSIA DI SK KUALA DIPANG BERMULA DENGAN TRAGEDI

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, October 27, 2009


Program Perkhemahan 1 Malaysia murid-murid tahun 6 seluruh sekolah-sekolah di Lembah Kinta bermula dengan tragedi buruk. Program yang baru bermula petang semalam di di SK Kuala Dipang di kejutkan apabila jambatan gantung yang menghubungkan antara SK Kuala Dipang dengan tapak perkhemahan di seberang Sg. Kampar tiba-tiba runtuh kerana tidak mampu menanggung sejumlah pelajar yang agak ramai.

Pelajar-pelajar berpusu-pusu untuk makan malam di SK. Kuala Dipang setelah selesai acara yang diadakan di tapak perkheman. Bilangan pelajar yang melalui jambatan gantung terlalu ramai sehingga jambatan tersebut runtuh. Jumlah yang sebenar dihanyutkan sungai yang deras tidak pasti, tetapi menurut laporan polis 22 orang pelajar disyaki hanyut dan dikhuatiri lemas.

Seawal pagi tadi, saya bersama Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Husein, Bendahari PAS negeri, Hj Abdul Rahim bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat berita tersebut. Sukarelawan Yayasan Amal yang turut membantu mencari mangsa lemas menyambut ketibaan kami. Mereka sejak kejadian berlaku telah pun berada di situ dan bertugas secara bergilir-gilir. Khemah Unit Amal didirikan berhampiran tempat mencari mangsa. Semasa kunjungan ke tempat kejadian seorang mangsa yang mati lemas telah ditemui.

Kami sempat diberi taklimat dan maklumat ringkas oleh beberapa orang guru yang terlibat dalam program tersebut, antara yang sempat memberi maklumat juga Penghulu Gopeng. Secara ringkas dapat disimpulkan ia berpunca dari jambatan gantung yang dibina secara tergesa-gesa (katanya tak sampai sebulan siap), jambatan yang dibina tidak menepati struktur binaan yang kukuh, saya lihat sendiri bagaimana tiang jambatan gantung di sebelah SK. Kuala Dipang boleh terbongkar dan tercabut, filing binaan tidak kukuh, hanya beberapa meter sahaja tiang di tanam kemudian di simen begitu sahaja.

Sesiapa pun melihat walaupun bukan kontraktor atau mengetahui asas-asas berkaitan binaan, pun boleh pertikai binaan tersebut. Kita tidak bermaksud menuding jari kepada sesiapa, tapi apa yang kita mahu persoal berdasarkan maklumat yang diperolehi mengapa program yang melibat pelajar yang ramai (peserta hampir 300 orang) fasilitator yang dilantik cuba 11 orang sahaja, mengapa ketika kejadian berlaku kebanyakan guru berada di SK Kuala Dipang, hanya beberapa orang sahaja yang berada di tapak perkhemahan, bagaimana pula murid-murid yang begitu ramai dibiarkan berpusu-pusu menuju ke jambatan tanpa diawasi atau meniti jambatan secara berkumpulan, jambatan gantung yang dibina pula adakah sudah diperiksa dan diluluskan sebelum digunakan, dibina pula secara tergesa-gesa, dan banyak lagi.............

Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Perak wajar bertanggungjawab di atas insiden tersebut. Jabatan tersebut merupakan penganjur kepada program tersebut yang bukan sahaja diadakan di SK. Kuala Dipang bahkan di seluruh Perak atas nama Perkhemahan 1 Malaysia. Difahamkan program seumpama itu diadakan bertujuan menghabiskan peruntukan hampir 6 juta yang mesti dihabiskan pada tahun ini juga. Antara program yang bertujuan menghabiskan peruntukan tersebut ialah menganjurkan perkhemahan seumpama ini.

Akibatnya semua dibuat dan dibina dengan tergesa-gesa, jambatan gantung dibina dengan tergesa-gesa, yang penting bagi mereka siap dan boleh digunakan dalam tempoh terdekat, lalu jambatan tersebut dibina dengan tidak mengambil kira aspek-aspek keselamatan. Jambatan itu pula selepas siap terus sahaja digunakan oleh sejumlah pelajar yang ramai. Saya percaya sekiranya jambatan tersebut diperiksa dengan teliti aspek-aspek binaannya sudah pasti tidak akan diluluskan untuk digunakan.

PAS Perak ingin melahirkan rasa simpati terhadap keluarga-keluarga mangsa yang terlibat. Semuga mereka bersabar menghadapi ujian ini.

Kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran ini, diharap insiden yang berlaku memberi kesedaran untuk masa akan datang mesti berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan terlebih dahulu.













About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!