RUNDINGAN UMNO-PAS HANYA UMPAN MUHYIDDIN - Ustaz Idris Ahmad

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, October 27, 2009

Pas mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan cuba mencari kesempatan untuk memecah belahkan perpaduan parti Pas dan Pakatan Rakyat, seperti yang dilaporkan dalam UM 26/10/2009. Muhyiddin jangan jadi hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong

Pas berpendapat umno begitu gelisah apabila melihat Pas semakin mendapat tempat di kalangan orang bukan Islam dan orang Islam. Pas tidak lagi dipandang sebagai parti yang cauvanis perkauman, sebaliknya mereka melihat pas sebagai wadah baru mereka untuk mendapat keadilan di negara ini.

Umno sedar bahawa tungkat sakti mereka sudah patah (iaitu pengundi bukan Islam), kerana selama ini umno hanya boleh bernafas dengan bantuan oksigen daripada balang oksigen pengundi bukan Islam. Sekarang talian hayat itu sudah berpindah kepada Pas dan pakatan Rakyat.

Sebenarnya pengundi-pengundi melayu di negara ini, terutama generasi muda mereka menyebelahi Pas. Inilah yang menjadi kebimbangan umno. Kalau undi Melayu sudah kepada Pas dan dicampur dengan undi bukan Islam maka sudah tentu ia akan memberi kesan politik yang parah kepada umno , bukan kepada orang melayu. Sifir mudahnya ialah kalau umno kalah yang menggantikan umno ialah Pas.

Pas menyedari bahawa umno sedang manipulasi isu melayu dan Islam, kononnya kalau umno kalah melayu dan Islam akan hancur. Sedangkan apa yang berlaku kemusnahan kepada Melayu dan Islam adalah angkara umno. Umno tidak boleh tudung bangkai gajah dengan tudung saji yang kecil, kerana yang menjahanamkan melayu dan Islam ialah angkara umno, bukannya perbuatan Pas.

Pas bersama dengan Pakatan Rakyat sedang mengukuhkan lagi agenda perjuangan rakyat di negara ini sebagai sebuah parti untuk menjadi kerajaan menunggu . Satu Konvesnsyen Pakatan Rakyat akan diadalah di Shah Alam Selangor pada 13hb Disember 2009.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!