SIDANG DUN PERAK - UMNO BN PERALAT PIHAK POLIS

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, October 28, 2009

Ternyata pihak polis berjaya diperalat oleh UMNO BN. Di luar bangunan Perak Darul Ridhuan, ratusan polis beruniform, preman, FRU, deretan trak polis, bas PDRM, lori PDRM, trak FRU, watercanon dan SB berkeliaran dengan wajah yang bengis mengawal persekitaran luar bangunan SUK. Suasana macam nak perang. ADUN PR cuma ada 28 orang, para penyokong yang berkumpul tidak pula seramai jumlah anggota polis. Semuanya dikawal dengan ketat, kawat berduri juga turut dipasang.

Bukan sahaja di luar bangunan SUK, rupanya di dalam bangunan SUK juga ratusan polis berkumpul. Mereka menjaga setiap pintu masuk ke dewan, Adun-adun PR cuba dihalang memasuki dewan, tindakan yang kasar, biadab dan tidak berakhlak dilakukan oleh polis. Salah seorang Adun PR diramas dengan ganas alat sulitnya, ini sudah memalukan dan keterlaluan. Adegan tolak menolak dengan kasar berlaku, Adun PR diperlakukan seumpama binatang. Sivakumar dikasari sehingga sukar bernafas. Jubah Speaker yang dipakai dirampas dengan cara yang amat ganas. Lehernya tercekik sehingga sesak nafas, akhirnya jubah yang dipakainya berjaya dirampas dengan koyak rabak, songkoknya juga turut dirampas.

Adun PR tetap bersabar, mereka tidak membalas perbuatan mereka dengan kekerasan. Mereka diperlakukan begitu sengaja mahu melambatkan kehadiran mereka daripada memasuki dewan, Memang itu yang dirancang. Bermula dengan surat dari Speaker haram yang memaklumkan jadual ketibaan setiap Adun. Adun BN dijadualkan masuk ke bangunan SUK sebelum 9.30 pagi, Adun PR hanya dibenarkan masuk ke bangunan SUK selepas jam 9.30 pagi. Manakala Adun BN dijadualkan memasuki dewan mesyuarat sebelum 9.55 pagi, manakala adun PR dibenarkan memasuki dewan selepas 9.55 pagi.

Semua ADUN PR hanya berjaya memasuki dewan mesyuarat jam 10.35 pagi. Mereka hanya sampai ke dewan mesyuarat setelah Speaker haram berjaya menjalankan beberapa agenda haramnya.

Itulah perancangan jahat UMNO BN, memperalat polis untuk kepentingan politik jahat dan sarakah mereka. Kita percaya rakyat akan hukum mereka dalam pilihanraya akan datang.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!