ZULKEFLY MOHAMAD OMAR BAKAL WAKIL RAKYAT BAGAN PINANG

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, October 3, 2009

Saya cukup mengenali beliau sewaktu beberapa penggal sebelum ini bersama saya sebagai EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat, sehinggalah beliu dilantik oleh Presiden PAS sebagai Pesuruhjaya PAS negeri Sembilan. Saya sering bertandang di kawasannya atas jemputan untuk menyampaikan ceramah politik. Beliau seorang anak muda yang profesional, bekhidmat dengan beberapa badan koporat, meletakkan jawatan kerana memberi tumpuan kepada politik. Beliau juga seorang usahawan gaharu yang berjaya, di sekeliling rumahnya dipenuhi dengan benih pokok gaharu.

Beliau telah beberapa kali bertanding dalam pilihanrayua umum di DUN Lenggeng, walaupun tidak menang, undi yang diperolehi sering meningkat, dalam pilihanraya umum yang lepas, beliau hanya kalah dengan majoriti 1000 lebih sahaja. Dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008, beliau menang di kebanyakan peti undi orang Cina.

Dalam isu insinerator di Broga, beliau adalah juara dalam isu ini, orang-orang Cina dan India cukup menghormati beliau kerana memperjuangkan isu ini. Orang Melayu sahaja yang agak kurang peka dalam isu-isu yang diperjuangkan oleh beliau, sebab itulah di peti undi orang Cina terutamanya di Broga beliu menang besar. Rumahnya sering menjadi tumpuan orang Cina mengadu masalah, kediamannya menjadi pusat khidmat masyarakat.

Hari ini beliau dipilih oleh parti sebagai calon di Bagan Pinang, keupayaannya dan keserlahannya sebagai pemimpin No 1 di Negeri Sembilan serta pengalaman hubungan yang cukup rapat dengan pengundi terutama pengundi bukan Melayu membolehkan beliau n yang terbaik mewakili PAS dan PR sebagai calon di Bagan Pinang.

Insya Allah saya bersama petugas parti dari seluruh Perak akan membantu keras bagi memastikan kemenangan beliau dalam pilihanraya kali ini. Dari maklumat yang diterima, angin perubahan di negeri Sembilan bertiup kencang bagi menumbangkan BN. Bagan Pinang adalah DUN pertama yang akan ditumbangkan oleh rakyat dalam pilihanraya kali ini. Insya Allah.


Beberapa jam lagi, SPR akan mengisytiharkan calon-calon yang akan bertanding di Bagan Pinang. Masing-masing calon diiringi oleh pimppinan tertinggi parti ribuan penyokong. Ternyata penyokong-penyokong PR jauh lebih ramai berbanding penyokong BN. penca

Loading...

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!