ADA USAHA BUANG PENGARAH JAIP

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, October 1, 2009

Ada sumber yang boleh dipercayai, adanya usaha dari pihak tertentu untuk memberi tekanan kepada Pengarah JAIP Perak supaya meletakkan jawatan sebagai Pengarah JAIP.

Ini kerana Dato' Syeikh Mohd Noor Mansor dilantik sebagai Pengarah JAIP oleh kerajaan PR dahulu. Syeikh Mohd Noor Mansor juga sering dikaitkan dengan PAS kerana pernah bertanding atas tiket PAS di DUN Belanja suatu ketika dahulu, ketika itu beliau berkhidmat sebagai Imam Besar masjid negeri. Syeikh Mohd Noor Mansor juga pernah menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan juga pernah dipilih sebagai YDP PAS kawasan Parit.

Beliau berkhidmat semula sebagai Imam Besar Masjid Negeri atas tawaran dan permintaan Tuanku Sultan Perak. Beliau tidak lagi aktif sebagai pimpinan PAS baik di peringkat negeri mahupun kawasan kerana memberi tumpuan kepada tugas beliau sebagai Imam Besar Masjid Negeri.

Cadangan Syeikh Mohd Noor Mansor oleh kerajaan PR sebagai Pengarah JAIP bukan kerana beliau ahli PAS, tetapi kelayakan dan pengalaman yang luas sebagai Imam Besar Masjid Negeri bakal memberi sumbangan besar kepada Islam di Perak. Apatah lagi, sebelum ini belum ada seorang pun Pengarah JAIP di Perak yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama yang luas sebagaimana beliau, beliau bukan sahaja al Hafiz tetapi mempunyai pengetahuan ilmu yang sangat luas dan pengalaman pentadbiran Islam yang cukup lama.

Semua Pengarah JAIP sebelum ini dari kalangan PTD ataupun bekas-bekas Pegawai Daerah yang latar belakang agama tidak ada dan luas, sedangkan yang mahu ditadbir adalah yang berkaitan dengan institusi agama. Sering kemampuan orang agama dalam hal ehwal pentadbiran dipertikaikan oleh pegawai-pegawai tinggi dan kanan kerajaan, kononnya hanya PTD sahaja yang layak mengetuai Jabatan-jabatan kerajaan, sedangkan dalam yang masa Jabatan pendidkikan tidak juga diketuai oleh PTD atau bekas-bekas Pegawai Daerah, begitu juga JKR. Justeru itu, kerajaan PR bertegas supaya Syeikh Mohd Noor Mansor Al Hafiz dilantik sebagai Pengarah JAIP yang baru.

Sebenarnya nama beliau juga sering disebut-sebut sebagai calon Mufti negeri Perak, kerana Dato' Seri Harussani sudah begitu lama menjadi Mufti dan sering uzur, tetapi difahamkan kerajaan BN pula tidak berkenan kepada Syeikh Mohd Noor Mansor. Peluang PR memerintah negeri Perak digunakan dengan sebaik-baiknya bagi mengiktiraf orang agama yang layak memimpin institusi agama.

Setelah hampir-hampir setahun Syeikh Mohd Noor Mansor dilantik sebagai Pengarah JAIP,walaupun beliau berkhidmat dengan kerajaan PR tidak lama kerana rampasan kuasa oleh BN, namun beliau telah membuktikan keupayaannya mentadbir insituisi tersebut dengan cemerlang. Sejak akhir-akhir ini, ada usaha-usaha jahat dari golongag tertentu bagi memberi tekanan ke atas Syeikh Mohd Noor Mansor sehingga kemungkinan beliau akan ditamatkan kontraknya sebagai Pengarah JAIP atau meletakkan jawatan.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!