Rakyat di Perak sekalipun berlainan ideologi politik dengan parti yang memerintah tetap rakyat Perak. Mereka tidak boleh di dikriminasikan oleh kerajaan. Semua rakyat Perak baik PAS, PKR, DAP sama sebagaimana UMNO membayar apa sahaja cukai yang dikenakan oleh kerajaan.
Justeru itu, semua permis awam di Perak, kalau UMNO BN boleh menggunakannya maka PAS dan Pakatan Rakyat juga berhak menggunakannya. BN tidak boleh menyekat penggunaannya, kerajaan hanya mengatur urus penggunaannya sahaja. Sebagaimana Kerajaan PR ketika memerintah perintah, semua permis awam dibenarkan untuk digunakan oleh semua rakyat tanpa mengira fahaman politik dan agama.
Dewan serba guna, balai raya, dewan orang ramai, stadium, arena square dan sebagainya diizinkan tanpa halangan oleh siapa sahaja yang memohon menggunakannya. Kerajaan hanya mengatur urus penggunaannya. Tidak ada sebarang syarat yang ketat bagi tujuan menghalang penggunaannya, tidak ada campurtangan politik bagi menyekat permohonannya juga tidak ada tekanan ke atas pegawai kerajaan bagi menghalang meluluskannya.
Kita bangkitkan isu ini, berikutan permohonan PAS Perak melalui PAS kawasan Batu Gajah untuk menyewa Arena Square atau dewan terbuka yang dikelolakan Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) bagi mengadakan majlis kesyukuran aidil fitri, masih belum dijawab meskipun permohonan itu telah dihantar semasa bulan ramadhan lagi.
Tidak ada sebab permohonan ini ditolak, ini adalah program jamuan aidilfitri yang tujuannya untuk merapatkan hubungan kemasyarakatan sesama insan, tambahan lagi program tersebut turut ingin meraikan anak-anak yatim dan fakir miskin.
Sepatutnya segala urusan rakyat dengan kakitangan awam untuk permohonan penggunaan tempat awam tidak dihalang dan diberikan hak kepada rakyat untuk menggunakannya,ini kerana segala insfrastruktur dan prasarana yang dibangunkan di negeri ini adalah juga hasil cukai yang dibayar oleh semua rakyat di Perak.
Sebarang campur tangan politik dari pemimpin umno/bn untuk menghalang pegawai kakitangan awan Negeri Perak menjalankan tugas mereka secara professional dan berhemah adalah sangat tidak wajar.
Juga tidak wajar sama sekali adanya sebarang ugutan dan ancaman dari mana-mana pihak terhadap pegawai dan kakitangan awam seperti di tukar tempat kerja, dibuang kerja dan sebagainya terhadap mereka hanya kerana mereka meluluskan penggunaan permis awam kepada parti politi pembangkang. Hal ini penting bagi memupuk semangat bekerja secara telus dan adil oleh kakitangan awam dapat dilaksanakan.
Di sinilah perbezaan yang sangat ketara antara pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Perak jika dibandingkan dengan kerajaan BN yang mana Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sentiasa membuka ruang kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik mereka untuk rakyat menggunakan tempat awam bagi program kemasyarakatan dan tidak ada sebarang sekatan dan halangan asalkan program yang hendak dilakukan dapat memberi kebaikan pada rakyat.