BERTANYA CUMA NAK PERTAHAN ADA TELUQ

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, November 9, 2009

Betul, bertanya tidak semestinya bodoh. Tetapi apabila bertanya sesuatu yang tidak sepatutnya ditanya, nampaklah ketidakcerdikan orang yang bertanya. Tak kan sekadar nak pertahan yang kita ada teluq, terpaksa nak tanya soalan sedemikian, cerdikkah orang ini?

Saya tidak tahu dari 1000 orang lebih yang hadir dalam seminar tersebut, ada yang jumpa Ust Abu Bakar Chik atau tidak untuk bertanya soalan itu bagi membuktikan yang dia ada teluq. Kalau tidak ada, maknanya semua yang hadir tidak ada teluq, Al Huseyn je nampaknya yang ada teluq. Tahniah la, sebab berjaya mempertahankan keteluqannya.

Ada seorang tok guru sedang mengajar bab puasa, lepas mengajar tok guru buka peluang untuk murid-muridnya bertanya, semua bertanya melainkan seorang, tok guru kata. "kamu mengapa tidak tanya, nanti kamu tidak faham?" Untuk membuktikan yang dia juga boleh bertanya dan boleh faham, dia pun tanya satu soalan, "tadi tok guru kata, puasa ialah menahan diri dari makan minum bermula terbit fajar sehingga tenggelam matahari, bagaimana kalau matahari tidak tenggelam tok guru?" Tok guru pun segera respon, "lebih baik kamu diam dari bertanya".

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!