Dalam pertemuan dengan Ahli Lembaga Pengarah PASTI Perak malam tadi, PJ Perak meletakkan satu harapan yang tinggi kepada PASTI agar menjadi duta PAS kepada masyarakat. Ini kerana PASTI sangat dekat dengan masyarakat melalui pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan selain aktiviti pengajaran & pembelajaran di bilik darjah.
Melihat prestasi cemerlang PASTI negeri Perak dalam meningkatkan jumlah kelas dan murud PASTI setiap tahun, Ust Abu Bakar Husein sangat yakin, suatu ketika nanti PASTI akan diterima oleh seluruh lapisan masyarakat di Perak.
Guru PASTI juga sangat tinggi pengorbanannya, elaun yang diterima tidak seberapa, tetapi semangat dan komitmen mereka dalam mencurahkan bakti dan ilmu kepada murid-murid wajar dipuji. Mereka bukan sahaja terlibat dengan aktiviti pendidikan malahan terlibat dengan aktivti kemasyarakatan melalui penglibatan mereka yang aktif dengan Mulsimat, Nisa' dan Jentera Pilihanraya Kawasan.
PAS Perak memberi jaminan akan membantu PASTI negeri dan kawasan terutama dalam menjaga kebajikan guru-guru PASTI.