32 ORANG AHLI BARU PAS BAGAN DATOH TERIMA SIJIL KEAHLIAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, November 17, 2009

Seramai 32 orang ahli PAS baru dari PAS Cawangan Sungai Lancang telah menerima sijil keahlian PAS yang disampaikan oleh YB Datuk Hj Mahfuz Omar. Sebelum ini mereka sekadar menjadi penyokong PAS sahaja sewaktu pilihanraya. Setelah mereka yakin dengan perjuangan PAS, kagum dengan kepimpinan ulama PAS, keterbukaan pimpinan PAS, kesederhanaan hidup pimpinan PAS, sikap mesra rakyat yang ditunjukkan oleh pimpinan PAS, keupayaan PAS memimpin kerajaan PR di Perak menguatkan mereka untuk terus menjadi ahli PAS yang komited dengan perjuangan.
Mereka telah menyokong PAS sejak pilihanraya yang lalu, hanya setelah mereka benar-benar yakin dengan perjuangan PAS dalam memperjuangkan Islam dan membela nasib rakyat, barulah mereka menyertai ahli PAS.

Ceramah YB Datuk Mahfuz Omar dan YB Kesavan, Adun Hutan Melintang meriah malam tadi walaupun di sekeliling tapak ceramah tersebut dibanjiri air. Sebelum ceramah berlangsung malam tadi, sepanjang hari hujan turun dengan lebat sehinggalah lewat petang. Banyak kawasan-kawasan rendah di sekitar kampung di Bagan Datoh ditenggelami air.Banyak isu-isu menarik dikupas oleh YB Mahfuz dan YB Kesavan, terutamanya Bajet 2010 yang dibentangkan oleh PM baru-baru ini, penyelewengan PKFZ termasuk Bajet Negeri Perak yang dibentang kira-kira 20 minit sahaja oleh kerajaan haram BN.YB Kesavan pula banyak menyentuh isu Sidang DUN 28 Oktober. Beliau mendedahkan bagaimana pihak polis cuba menghalang dan mengkasari ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang mahu menghadiri sidang DUN. Turut menyampaikan ucapan sdr. Madzi Hasan, Ketua Cabang PKR Bagan Datoh.

Dalam majlis tersebut, beberapa penduduk miskin di Kg. Selekoh telah menerima sumbangan hamper yang disampaikan oleh YDP Kawasan Bagan Datoh.



About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!