16hb. November ini jam 9.00 malam esok YB Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS akan berceramah di Selekoh, Bagan Datoh. Turut serta dalam ceramah tersebut ialah YB Kesavan, Naib Pengerusi PKR Perak yang juga ADUN Hutan Melintang.
Ceramah yang dianjurkan ini adalah bertujuan menjelaskan isu-isu negara yang sedang hangat diperkatan. Dijangka orang ramai akan membanjiri halaman rumah En. Husein di Pekan Selekoh, Bagan Datoh.
Rakyat Bagan Datoh sangat dahagakan maklumat terkini, mereka telah sekian lama dikaburkan oleh media arus perdana, ceramah-ceramah seumpama ini sangat penting kepada masyarakat Bagan Datoh yang kurang mendapat maklumat dari PAS mengenai isu-isu yang berlaku di negara ini. Kita percaya, rakyat akan celik pemikiran apabila mereka mendapat maklumat dari sumber yang sebenar.
CERAMAH MAHFUZ OMAR 16 NOV DI SELEKOH, BAGAN DATOH
Dicatat oleh
MisbahulMunir
Sunday, November 15, 2009