Malam tadi saya bersama PJ Perak berkunjung ke Pasir Salak dalam siri lawatan Pesuruhjaya PAS Perak ke kawasan-kawasan. Lawatan malam tadi amat mengesankan sekali, seluruh Ketua dan Setiausaha cawangan-cawangan dari hampir 55 cawangan telah menghadirinya. Jawatankuasa Muslimat dan Pemuda juga kelihatan ramai yang hadir.
Kami sama-sama duduk bersila di markaz PAS Kawasan. Teringat program-program PAS 20 tahun dulu, duduk bersila dalam markaz bersama pimpinan, mendengar ucapan dan ceramah dalam apa sahaja program yang dianjurkan. Mesyuarat, usrah, tamrin mahupun kursus semuanya bersila dalam markaz.
Namun majlis tetap berjalan dengan mesra dan teratur. Taklimat mengenai perjalanan aktiviti PAS Kawasan disampaikan oleh YDP dan Setiausaha PAS Kawasan. Melihat kepada kesungguhan jentera PAS Pasir Salak bergerak ke setiap kampung menjalankan aktiviti penerangan, kebajikan dan kemasyarakatan cukup menyakinkan rakyat pasti akan menerima kehadiran PAS.
Dalam ucapan pimpinan PAS negeri bermula dengan ucapan Ketua Penerangan, Setiausaha Perhubungan dan Pesuruhjaya, semuanya mengajak seluruh jentera parti mendekati seluruh lapisan masyarakat dengan pendekatan yang mesra rakyat, pengurusan parti hendaklah diurus tadbir dengan sistematik, syura didahuluka, takwa pula diutamakan, penerangan pula hendaklah sampai ke akar umbi.
Program berakhir kira-kira 12.00 tengahmalam dengan jamuan makan pulut durian.
Catatan Dhuha april 2019
6 years ago