PIMPINAN PAS PERAK LAWAT MANGSA BANJIR DI LENGGONG

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, November 12, 2009



Rombongan pimpinan PAS Perak diketuai oleh Pesuruhjayanya Al fadhil Ust. Abu Bakar Husein telah melawat beberapa buah kampung yang dilanda banjir sejak semalam lagi. Unit Amal Pemuda PAS Perak terlebih dahulu dikerah bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kota Tampan, Lenggong. YDP Kawasan Lenggong, Hj Razman menyambut kedatangan rombongan dan membawa melawat beberapa buah rumah yang dilanda banjir di sekitar Kota Tampan.

Kedatangan pasukan beruniform merah siap dengan peralatan mengejutkan penduduk kampung yang dilanda banjir, mereka bekerja keras bagi membantu membersihkan rumah mereka yang dipenuhi dengan lumpur.

Beberapa buah masjid dan surau juga turut ditenggelami banjir lumpur. Unit Amal Pemuda PAS Perak bersama penduduk kampung telah bertungkus lumus membersihkan masjid dan surau yang ditimpa banjir.


Bantuan berupa bahan makanan juga telah disumbangkan oleh PAS Perak kepada beberapa penduduk, Al fadhil Ust Abu Bakar Husein, Pesuruhjaya PAS Perak dan Al Fadhil Ustaz Mustapa Shaari, Timbalannya telah menyampaikan bantuan tersebut.


Al Fadhil Ust Abu Bakar Husein sempat mengimami Solat Jenazah ahli PAS yang meninggal dunia di Masjid Jamek, Lenggong. Ahli PAS tersebut Zainal Abidin Talib meninggal dunia mengejut disebabkan serangan jantung, sebelum itu sdr. Zainal sempat bergotong royong bersama Unit Amal membersihkan beberapa buah rumah yang dibanjiri air lumpur. Beliau meninggalkan seorang balu dan 7 orang anak-anak yang masih bersekolah.

Walaupun mangsa-mangsa banjir masih lagi bersedih di atas musibah, namun mereka tetap meraikan kami sebagai tetamu, kami bersama anggota Unit Amal dijamu dengan durian dari salah seorang mangsa banjir.


Mengakhiri lawatan, pimpinan PAS dan seluruh anggota Unit Amal telah dijamu makan tengahari oleh PAS Kawasan Lenggong di Kampung Luat.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!