TELUK INTAN CONTOH PAS KAWASAN TERBAIK DI PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, November 13, 2009

Malam tadi PJ, Setiausaha dan Bendahari PAS Perak berada di Teluk Intan bersama dengan pimpinan PAS kawasan dan cawangan-cawangan Teluk Intan. Dalam ucapan Pesuruhjaya & Setiausaha PAS Perak, PAS Teluk Intan dianggap antara contoh kawasan yang terbaik di Perak berdasarkan komitmennya yang tinggi kepada Badan Perhubungan PAS Perak dan juga dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Ahli Kelab Penyokong PAS dari kalangan masyarakat Cina dan India sahaja berjumlah 1500 orang. Kelab Penyokong PAS juga antara yang paling aktif di Teluk Intan. Kehadiran Pengerusi dan salah seorang AJK Kelab Penyokong PAS malam tadi menunjukkan komitmen mereka juga tinggi.

Ini juga adalah antara faktor mengapa PAS menang di DUN Changkat Jong yang sebelum ini tidak pernah dimenangi oleh pembangkang. Sekiranya pendekatan PAS Teluk Intan melalui kepimpinannya dan peranan ADUN Changkat Jong dalam memenangi hati rakyat, sudah pasti BN tidak akan berupaya merampas semula kerusi tersebut. Sehingga kini, kerjasama yang padu telah ditunjukkan oleh seluruh ahli masyarakat di Teluk Intan. Manakala hubungan yang intim antara PAS, DAP dan PKR juga menjadikan Pakatan Rakyat terus kuat di Teluk Intan.

Semua kerusi di Teluk Intan dimenangi oleh Pakatan Rakyat, DUN Pasir Berdamar dimenangi DAP, DUN Changkat Jong diwakili PAS, manakala Parlimen Teluk Intan dimenangi oleh DAP.

Pesuruhjaya PAS Perak dalam amanatnya kepada pimpinan PAS Teluk Intan mengingatkan supaya setiap ahli meningkatkan kualiti perjuangan, jangan lalai dalam mengikuti program tarbiyyah, memastikan setiap ahli keluarga menjadi ahli PAS, merapatkan hubungan dengan masyarakat, memanfaatkan setiap tenaga ahli untuk kepentingan Islam dan parti, patuh dan wala' kepada pimpinan PAS dan sebagainya.

Manakala Setiausaha BPP Perak juga mengingatkan supaya pengurusan parti diurus tadbir dengan sistematik, wujudkan sistem kerja kepejabatan, kempen tambah ahli dan berusaha membanyakkan cawangan-cawangan baru PAS di samping mengaktifkan lagi cawangan-cawangan yang sedia ada.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!