JPN PERAK SUNTIK SEMANGAT KEPADA JENTERA PARTI

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, November 14, 2009

Lawatan Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perak yang diketuai oleh Pengarahnya Tuan Hj Asmuni Awi dan ahli rombongan telah membangkitkan semangat kepada petugas-petugas PAS DUN Rungkup bagi memenangkan PAS di kerusi DUN Rungkup. Saya juga turut serta dalam program tersebut.

Lawatan dimulakan dengan ceramah motivasi oleh Al Fadhil Ust Suid Husein, Timbalan Pengarah JPN kepada seluruh petugas pilihanraya DUN Rungkup. Lebih seratus orang menghadiri program tersebut.

Selepas selesai ceramah motivasi, program taklimat tertutup diadakan di antara JPN negeri dengan jentera pilihanraya DUN Rungkup. JPN negeri meletakkan harapan yang tinggi kepada jentera parti di peringkat kawasan supaya bekerja dengan keras bagi memastikan DUN Rungkup ditawan oleh PAS.

Dalam pilihanraya 2008, calon PAS hanya kalah dengan majoriti 454. Dengan meningkatkan sekali ganda gerakkerja parti, tidak mustahil PAS pula akan memenangi DUN Rungkup dalam pilihanraya akan datang dengan majoriti yang lebih besar lagi.


About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!