Pagi tadi Setiausaha Perhubungan PAS Perak bersama Setiausaha Kerja PAS negeri melakukan lawatan pentadbiran ke PAS Kawasan Gopeng. Dalam lawatan tersebut disampaikan taklimat mengenai Pengurusan Kepimpinan dan Pentadbiran yang strategik kepada semua peserta yang terdiri dari AJK PAS kawasan, Ketua dan Setiausha PAS cawangan-cawangan Gopeng. Manual Prosedur Kerja juga turut dibentangkan kepada pimpinan PAS Kawasan dan cawangan.Program setengah hari yang diadakan sangat bermanfaat kepada peserta yang hadir. Lawatan kerja kali ini agak berlainan dengan siri-siri lawatan sebelum ini, ia lebih kepada memberi input kepada kawasan dan cawangan-cawangan mengenai pengurusan kepimpinan dan organisasi yang berkesan. Harapan setiausaha BPP Perak kepada PAS kawasan dan Cawangan-cawangan supaya gerak kerja parti hendaklah ditadbir urus dengan sistematik dan berstrategik. Setiap Kawasan mahupun cawangan mestilah mempunyai objektif yang ingin dicapai dalam jangka waktu kerja, setiap aktiviti yang dilaksanakan hendaklah berobjektif dan berstrategik.

Pada sesi sebelah petang, PAS Kawasan Sg. Siput dan Kuala Kangsar berkumpul sekali di Markaz PAS Kuala Kangsar bagi mendengar taklimat yang sama. Penolong Setiausaha PAS Perak yang turut hadir membantu menyampaikan taklimat mengenai manual prosedur kerja PAS Perak.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!