MELAWAT BANJIR DI BAGAN DATOH

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, November 24, 2009



Petang semalam, selepas selesai memenuhi jemputan ceramah kepada para petugas muslimat Padang Rengas di Berhala Kati, saya terus bekejar balek ke Bagan Datoh untuk melawat beberapa buah rumah yang dibanjiri air akibat hujan yang lebat. Walaupun cuaca semakin baik dan hujan tidak lagi turun dengan lebat, namun air belum lagi surut dan kering. Banjir di Bagan Datoh berpunca dari hujan yang turun dengan lebat, air akan bertakung di kawasan-kawasan yang rendah, sistem perparitan pula sudah tidak lagi berfungsi dengan baik. Sekiranya air yang membanjiri halaman rumah tidak kering lebih tiga hari, ia akan berbau busuk yang tidak menyelesakan penduduk.

Dengan keadaan bentuk muka bumi yang rendah dan rata menyebabkan air bertakung begitu lama, air hanya akan kering sekiranya cuaca panas terik. Tanam-tanaman seperti pisang, ubi kayu, keledek dan tanaman kontan yang lain pasti akan musnah. Begitulah nasib penduduk kampung di Bagan Datoh yang tinggal di kawasan tanah yang rata dan rendah.

Kerajaan pula melalui Jabatan Saliran, Parit dan Taliair tidak juga berikhtiar memperbaiki sistem perparitan. Selain itu, penduduk Bagan Datoh juga diancam air pasang dari laut. Sekiranya hujan yang terlalu lebat bersamaan air laut yang sedang pasang, penduduk kampung akan berhadapan dengan risiko ban pecah yang menyebabkan air laut membanjiri kampung-kampung yang berhampiran.

Kesempatan melawat beberapa buah rumah di Sg. Tiang, Sg. Payong, Sg. Balai Darat dan Sungai Belukang,PAS Bagan Datoh telah menghulurkan sumbangan bahan makanan kepada beberapa buah keluarga yang rumah mereka dibanjiri air. Turut serta dalam lawatan Cikgu Kamaruddin, Pengerusi Tetap PAS Kawasan Bagan Datoh, Norzaman Samuri. AJK PAS Kawasan dan beberapa yang lain.





About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!