PROGRAM MESRA MEDIA PAS DAN WARTAWAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, November 24, 2009


Para wartawan dari pelbagai media telah diraikan oleh PAS Perak di Hotel Seri Malaysia petang tadi. Lebih kurang 25 orang wartawan telah hadir dalam program tersebut. Mereka mewakili akhbar masing-masing. Hampir kesemua media menghantar wartawan mereka termasuk Utusan, Berita Harian, NST, Star, Ipoh Echo, Malaysian Insider dan sebagainya. Para wartawan dari akhbar berbahasa Cina semuanya hadir. Yang tidak kelihatan wartawan dari akhbar berbahasa Tamil.

Pimpinan PAS yang turut hadir ialah Ust Mustapa Shaari, Dr. Khairuddin (kedua-duanya Timbalan Pesuruhjaya PAS dan beberapa pimpinan harian yang lain. Beberapa ahli Yang Berhormat juga turut hadir. YB Sum dari DAP juga turut hadir dalam program tersebut.Tujuan program diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan mesra antara PAS dengan para media dan wartawan. Hubungan yang erat dan mesra antara PAS dengan pihak media adalah bagi membolehkan kedua-dua pihak saling bekerjasama demi kepentingan dan kebaikan umum.Dalam ucapan aluan Pesuruhjaya PAS Perak, beliau mengajak para para wartawan bekerjasama dengan PAS dalam usaha membuka minda rakyat yang agak tertutup untuk menerima perubahan.

PAS Perak turut menyeru para media dan wartawan memainkan peranan dalam mengimbangi keberkesanan maklumat yang disampaikan mengenai perjuangan PAS, pemaparan isu-isu dan berita-berita yang tepat, benar dan bertanggungjawab. Para wartawan mestilah mendapatkan sumber yang sebenar dan melapor dengan jujur dan telus. Dengan pemberitaan yang adil peranan media akan dilihat oleh masyarakat sebagai agen penyampai maklumat yang terbaik dan boleh dipercayai oleh rakyat.

Dalam program tersebut, para wartawan berpeluang berdialog dan bertukar-tukar fikiran dengan pimpinan PAS, banyak juga persoalan-persoalan semasa turut dibangkitkan oleh para wartawan bagi mendengar penjelasan PAS dalam menanggapi isu-isu tersebut.

Majlis bersurai kira-kira jam 5.00 petang.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!