PAS PERAK MELAWAT MANGSA BANJIR DI BAGAN SERAI

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, November 19, 2009

Penghulu Nawawi sedang memberi taklimat kepada PJ dan dua ADUN

Ust Abu Bakar sedang menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak mangsa banjir

Kanak-kanak berbaris untuk menerima sumbangan sambil mendengar ucapan

PAS Perak diketuai oleh Pesuruhjaya PASnya bersama Timbalannya Al Fadhil Ust. Mustapa Shaari, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Pengarah Unit Amal Perak, dan beberapa anggota unit Amal yang lain telah melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di SK Bagan Serai.Menanda tangani buku lawatan diperhatikan oleh urusetia banjir

Rombongan PAS Perak disambut oleh YB Ramli Tusin, Adun Semanggol dan YB Husin Din, Adun Selingsing di Pusat Khidmat DUN.

Kehadiran rombongan PAS Perak disambut gembira oleh Penghulu Bagan Serai, En. Nawawi bin Mohd Noor di Pusat Pemindahan Banjir SK. Bagan Serai. Mangsa-mangsa banjir kelihatan gembira melihat rombongan PAS Perak bersama ahli-ahli Yang Berhormat melawati mereka.

Dalam lawatan tersebut, Pesuruhjaya PAS Perak telah menyampaikan sumbangan wang ringgit kepada kanak-kanak mangsa banjir. Dalam pertemuan dengan beberapa mangsa banjir beliau mengingatkan bahawa banjir adalah musibah Allah untuk menguji kesabaran manusia sebagai hambaNya.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!