SEKALI LAGI NEGERI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DIIKTIRAF

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, November 19, 2009

Web 5 Bintang: PAS Ucap Tahniah Kepada Kerajaan Pakatan Selangor

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Negeri Selangor kerana Portal Pejabat Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC).

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam dan seharusnya menjadi benchmark bagi negeri-negeri Pakatan Rakyat lainnya. Pakatan bangga kerana dari 4 buah negeri yang ditadbir sekarang, Selangor terlebih dahulu mendapat pengiktirafan ini, tapi malang buat negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional kerana tiada satu pun yang tersenarai.

PAS berharap agar semua negeri mengambil inisiatif serius bagi membangunkan dan menyelenggara portal rasmi Kerajaan masing-masing dan menjadikannya medan interaksi maya yang lebih efektif di masa hadapan.

PAS juga menyeru kepada semua organisasi didalam parti supaya menjadikan medium internet sebagai ruang alternatif secara maksimum untuk menyebarkan pakej dakwah, maklumat politik yang berguna, dan isu-isu semasa rakyat di kawasan masing-masing.

Selain laman web dan portal, blog dan facebook juga perlu dimanfaat. Sehubungan dengan itu Konvensyen Blogger PAS akan diadakan pada 20 Disember 2009 di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar bagi memberikan rangsangan kepada setiap organisasi parti untuk mencontohi kesungguhan gerak kerja siber Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!