Penderitaan rakyat Palestin mendapat simpati ahli-ahli PAS kawasan Bagan Serai malam tadi. Sebanyak RM 6300 berjaya dipungut dan diserahkan kepada wakil HAMAS Palestin Mohammad Nabil El Erbawi dalam majlis ceramah bersama Datuk Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS) yang dianjurkan oleh PAS kawasan Bagan Serai di Gunung Semanggol. Sebahagian dari kutipan tersebut turut dipungut oleh Dewan Pemuda PAS negeri.
Beberapa wakil HAMAS yang terdiri dari beberapa Ahli Parlimennya kini sedang berada di Malaysia, kesempatan itu diambil oleh PAS bagi menganjurkan ceramah-ceramah penjelasan isu Palestin dan pungutan derma jihad bagi disumbangkan kepada perjuangan umat Islam Palestin di seluruh negara.
Dalam ucapan wakil Hamas tersebut, beliau menceritakan bagaimana deritanya rakyat Palestin dalam perjuangan di bumi mereka sendiri dari kekejaman regim Israel laknatullah. Menurutnya simpati umat Islam hanya melalui sokongan moral dan material yang sudah tentu tidak memadai bila berdepan dengan kekuatan Yahudi Israel yang dilengkapi dengan senjata berat selain dibantu oleh Amerika. Hanya dengan jihad dan penyatuan umat Islam barulah Israel dapat dikalahkan. Menurutnya lagi, kini HAMAS bersama rakyat Palestin berjuang menentang Yahudi Israel tanpa bantuan sepenuhnya oleh dunia Arab, semua bentuk bantuan ubat-ubatan dan persenjataan disekat oleh Yahudi, yang paling malang sekali apabila negara-negara umat Islam yang berjiran dengan Palestin turut menyekat bantuan yang mahu disampaikan melalui sempadan negara mereka.
Kini wakil-wakil HAMAS terpaksa mengunjungi negara-negara umat Islam bagi menagih simpati membantu perjuangan mereka. Pada mereka, selagi regim Israel laknatullah tidak lenyap di muka bumi selagi itulah dunia tidak akan aman.
CERAMAH WAKIL HAMAS PALESTIN DI GUNUNG SEMANGGOL
Dicatat oleh
MisbahulMunir
Saturday, December 12, 2009