PUISI PERJUANGAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, December 10, 2009

Puisi ini dideklamasikan oleh Pak Saleh Bakar dalam Majlis Jamuan Makan Malam PAS Kawasan Tambun.

Perjuangan yang memanjang ini
Perlu jiwa yang berani
Perlu mendekatu Ilahi
Segala bentuk maksiat dijauhi

Menulislah seperti Imam Shafie
Mengaranglah seperti Imam Al Ghazali
Kitab-kitab mereka dipakai hingga kini
Membacanya dapat inspirasi
Menggerakkan reformasi
Menentang korupsi

Perlu ilmu pengetahuan
Perlu rakan-rakan
Istiqamah dalam amalan
Rapat hubungan
Dengan Tuhan
Mempunyai kekuatan
Berentap dengan syaitan
Musuh keseluruhan manusia

Inilah perjuangan kita
Bukan harta, takhta @ wanita

Tapi
Mengelakkan api
Api tanpa padam
Bagi manusia pendendam
Abu Jahal
Abu Lahab
Abdullah Ubai

Cita-cita tak sampai
Menyesal
Dalam kubur disoal
Undi pos apa fasal

Tipu.......tipu......tipu
PRK - 13 kita sapu
Dalam Pakatan Rakyat kita bersatu

Bersatu dalam kepelbagaian
Setia
Dalam ujian
Sabar
Dalam Pemerintahan
Tabah
Menghadapi kedurjanaan
Inilah perjuangan

HMS Abu Bakar
5 Zulhijjah 1430H
22 - 11 - 2009

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!