KELAB PENYOKONG PAS BERTUKAR STATUS

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, December 10, 2009


Kemelut tentang status Kelab Penyokong PAS berakhir apabila PAS pusat telah mengikhtiraf Kelab Penyokong PAS sebagai sayap penting parti, namanya turut bertukar kepada kepada Himpunan Penyokong PAS. Penyokong-penyokong PAS dari kalangan bukan Islam boleh bergerak secara aktif melalui Himpunan ini. Demikian menurut YB Salehuddin Ayob dalam ucapannya di Majlis Jamuan Makan Malam PAS Kawasan Tambun yang diadakan di Dewan PBSM, Ipoh malam tadi.Menurutnya lagi Himpunan Penyokong PAS akan mempunyai wakil tetapnya dalam mesyuarat AJK PAS Pusat, Himpunan itu juga akan mempunyai perwakilan dalam setiap muktamar tahunan PAS Pusat. Ini bermakna mereka boleh bersuara melalui wakil mereka dalam mesyuarat AJK PAS Pusat dan boleh bersuara dalam Muktamar PAS Pusat. Selain itu, Himpunan Penyokong PAS juga boleh memainkan peranan penting dalam mendekati seluruh masyarakat bukan Islam termasuk Sabah & Sarawak melalui program-program yang dianjurkan oleh Himpinan Penyokong PAS.

Himpunan Penyokong PAS akan lebih dominan lagi dengan perubahan status ini. Sebelum ini ia hanya satu unit kecil di bawah Lajnah Perpaduan Nasional. Dengan pengikhtirafan sebagai sayap penting parti, masyarakat Cina, India, orang Asli, pribumi Sabah & Sarawak yang bukan Islam boleh bergerak dengan aktif dengan menganggotai Himpunan Penyokong PAS.

Dalam majlis yang diadakan malam tadi, PAS Kawasan Tambun telah memberi sumbangan dan hadiah kepada anak-anak ahli PAS yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM. Turut menerima penghargaan ialah bekas-bekas calon PAS yang bertanding di kawasan Tambun dan tokoh jasamu di kenang.

Beberapa pimpinan PKR, DAP dan beberapa Ngo turut hadir bagi menyerikan lagi majlis tersebut.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!