KURSUS BTN, PENGISIAN YANG TIDAK BETUL

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, December 2, 2009

Sepanjang saya berkhidmat sebagai guru sehinggalah saya meletakkan jawatan pada tahun 1999, saya tidak pernah samada ditawarkan, diminta atau dipaksa mengikuti kursus BTN. Rakan-rakan guru yang lain semuanya diminta dan ada yang dipaksa mengikuti kursus BTN.

Semasa berkhidmat di Sekolah Menengah Seri Muara Bagan Datoh, guru Penolong Kanan sekolah sedang mencari-cari nama guru yang belum mengikuti kursus BTN, ketika itu saya ada di Bilik Guru, nama saya dicadangkan oleh salah seorang guru, " Ust Misbah ni, tak pernah lagi cikgu, hantar dia kursus BTN ". Apa kata Penolong Kanan, spontan dia menjawab, " Ust Misbah, tak boleh, tak boleh, silap gaya, dia pulak yang berceramah kat sana" .

Saya diam je, tak beberapa faham apa maksud dia. Dalam hati kecil, kalau saya diminta pergi kursus BTN, atas arahan Ketua Jabatan saya tetap akan pergi. Saya pun nak tahu apa kandungan kursus BTN, dapat manfaat atau tidak, kalau baik, saya akan ikut, kalau tak baik saya buang je.

Selang seminggu kemudian, sebaik beberapa cikgu pulang dari berkursus, kami bersembang di kantin sekolah. Beberapa guru yang mengikuti kursus BTN memberi respon yang berbeza, salah seorang kata, " elok sangat ust tak pergi, kalau pergi buat sakit hati ust je, ada dua tiga orang penceramah tu, dia hentam PAS macam-macam, sakit hati aku ". Seorang lagi kata. " Rasanya kalau ust pergi lagi baik, apa yang dia kata pada PAS ust boleh jawab, ust kaki debat, kami bukan kaki debat, dan kami bukan ahli PAS pulak, nak jawab isu-isu yang dibangkit tak berapa nak tahu".

Dalam hati kecil saya, itu sebab barangkali Penolong Kanan sekolah tak berani pilih saya mengikuti kursus BTN, saya memang kaki lawan, kalau saya tak setuju dengan beberapa perkara di sekolah, samada saya bercakap dalam mesyuarat atau berjumpa direct dengan pengetua.

Saya antara guru yang tidak pernah membayar yuran PSKPP dan membantah pembayaran yuran tersebut, sebabnya saya tidak pernah menjadi ahli persatuan tersebut, tak pernah isi borang, tak pernah dapat faedah menjadi ahli persatuan, persatuan yang bukan menjaga kebajikan guru, tetapi persatuan yang aktivitinya bersukan, kebudayaan dan selebihnya menaja makan minum dan rombongan AJK Persatuan ke luar negeri. Saya jenis suka bercakap terus terang dalam mesyuarat, pada saya mesyuarat bukan taklimat sebelah pihak, guru mesti diberi peluang memberi pandangan dan teguran.

Dalam mesyuarat saya sentiasa mengambil peluang untuk bercakap mengenai apa sahaja perkara untuk kebaikan guru, murid dan sekolah. Saya bantah kalau tidak ada kebaikannya. Ada perkara yang saya tidak boleh bercakap dalam mesyuarat, saya direct jumpa pengetua di biliknya dan memberi pandangan dan teguran. Saya pernah tegur Pengetua yang menegur guru dalam bentuk sindiran yang cukup tajam dalam perhimpunan, walaupun tidak kena batang hidung saya, tetapi tidak wajar guru disindir di hadapan murid-murid yang lain. Pengetua boleh panggil dalam bilik atau menegur dalam mesyuarat guru.

Saya cuba nak menyelidiki apa yang mereka dapat dalam kurus tersebut. Kesimpulannya BTN menanam semangat benci pada kaum lain, api perkauman dimainkan oleh mereka, PAS dan para ulamanya diperlekeh, hanya UMNO sahaja harapan untuk Melayu dan Islam, pendek kata pengisian program penuh dengan semangat perkauman. Api perkauman begitu menebal sekali ditanam oleh mereka, lagu anak kecil main api membakar semangat sayangkan bangsa tetapi membenci kaum lain. Itu kesimpulan yang boleh saya ambil dari kursus BTN selama ini.

Mungkin sahaja kurikulumnya tidak salah, tetapi penyampai dan pengisian yang sebenarnya yang tidak betul. BTN dipergunakan oleh pemimpin UMNO untuk menghasut orang Melayu benci pada kaum lain. Nilai agama sedikit sebanyak hanya ada dalam kuliah Subuh sekadar untuk mengingati mati, tetapi pengisian kuliah-kuliah yang lain sepanjang berhari-hari adalah doktrin semangat perkauman semata-mata, dan BTN digunkan untuk kepentingan politik pemimpin-pemimpin UMNO.

Kalaulah saya pernah mengikuti kursus BTN, sudah pasti saya akan dedahkan satu persatu sejak dulu lagi, yang buruk saya dedah, yang baik juga saya dedah, masing-masing pembaca buat penilaian sendiri.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!