BAGI PELUANG YB HJ NIZAR BEREHAT SEPENUHNYA.

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, January 8, 2010

Orang ramai terutama para penyokong PAS tidak perlu risau terhadap tahap kesihatan dan keselamatan Hj Nizar walaupun masih dalam prose pemerhatian rawatan oleh para doktor. Saya diberitahu oleh Pembantu Khasnya, orang ramai tidak putus-putus mengunjungi YB Hj Nizar.

Menziarahi untuk bertanya khabar adalah baik dan mulia, namun kita mesti memahami bahawa tekanan darah tinggi Hj Nizar masih belum stabil, kalau setiap hari diziarahi orang ramai yang langsung bertanya insiden yang berlaku, dan sifatnya Hj Nizar yang sentiasa melayani dengan mesra dan ceria terhadap soalan-soalan yang sama sahaja, menyebabkan para doktor turut menjadi risau, para doktor memberi nasihat orang ramai supaya memberi peluang Hj Nizar berehat sepenuhnya. Tekanan darah tingginya belum cukup stabil bagi membolehkan beliau keluar dari wad.

Kesempatan ini saya ambil peluang kepada orang ramai supaya mendoakan sahaja Hj Nizar agar segera sembuh dan sihat tanpa perlu beramai-ramai berkunjung ke hospital. Dalam situasi ini, lebih baik berdoa atau solat hajat ke atas kesejahteraan Hj Nizar, tenaga dan kepimpinannya sangat diperlukan kepada rakyat di Perak khususnya. Bagi peluang untuk keluarganya mendampingi di wad, kalau sebelum ini masanya banyak dihabiskan untuk rakyat dan perjuangan, bagilah peluang ahli keluarganya mendampingi dengan selesa dan tenteram. Insya Allah, selepas beliau benar-benar sihat dan pulih seperti sediakala, Hj Nizar tetap bersama rakyat dan perjuangannya.


About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!