HJ NIZAR KELUAR HOSPITAL TERUS CERAMAH

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, January 11, 2010

Tanpa berehat panjang, sebaik keluar dari hostpital Raja Perempuan Bainun petang semalam, YB Hj Nizar terus memenuhi jemputan program jamuan Makan Malam bersama rakyat di Bidor. Kehadirannya mengejutkan kira-kira 2000 orang tetamu. Mereka sedia maklum, Hj Nizar baru sahaja terlibat dengan kemalangan jalanraya dan terlantar di hospital tiga hari. Mereka sedia memahami sekiranya Hj Nizar tidak hadir sekalipun. Namun sangkaan orang ramai meleset, tiba-tiba Hj Nizar muncul kira-kira jam 09.45 malam di Bidor. Orang ramai yang terkejut dengan kehadirannya berdiri beramai-ramai memberi tepukan gemuruh dengan laungan-laungan slogan yang begitu bersemangat.

Seperti biasa Hj Nizar berceramah mengulas isu-isu semasa negara dan Perak,selain itu beliau merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada seluruh rakyat yang mendoakan kesejahteraannya.

Selepas habis ceramah di Bidor, beliau bergegas pula ke Simpang Pulai, Ipoh bagi mengisi kekosongan ceramah yang sepatutnya diisi oleh YB Azmin Ali. Kehadirannya juga mengejutkan orang ramai. Tidak ada yang memaklumkan sebelum ini oleh penganjur yang Hj Nizar akan datang ke Simpang Pulai, saya yang terlebih awal tahu yang beliau berhasrat singgah ke Simpang Pulai untuk menggantikan Azmin Ali juga tidak berani mengumumkannya ketika saya berceramah , bimbang dia tidak sempat sampai. Sebaik saya mahu mengakhiri ceramah,kelibat keretanya pun kelihatan, saya terus mengumumkan ketibaannya. Orang ramai terpinga-pinga terkejut dengan kehadirannya.

Beliau sempat berceramah kira-kira 20 minit dan sempat pula melancarkan jualan buku Perak Darul Kartun.

Inilah pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat, peluang untuk berehat tidak digunakan sepenuhnya,sebaliknya kepentingan rakyat lebih diutamakan. Dari hari pertama berlaku kemalangan, beliau telah menunjukkan sifat kerakyatannya, beliau lebih suka memilih hospital rakyat dari hospital swasta yang jauh lebih selesa. Beliau ada keupayaan untuk dirawat di hospital swasta yang mempunyai doktor-doktor pakar. Tempatnya jauh lebih kondusif, senang orang ramai menziarahi bila-bila masa, namun sifat kerakyatannya mengatasi segala-galanya.

Sepanjang berada di wad, orang ramai tidak putus-putus menziarahinya. Walaupun berada diwad kepimpinannya tetap diperlukan. Pada hari Jumaat, ketika solat di Masjid Hospital, beliau diminta mengimami solat Jumaat oleh Imam bertugas hari itu. Di wad, telah berlaku satu kematian, sementara jenazah diurus oleh pihak hospital dan ahli keluarga,beliau sempat memimpin bacaan tahlil bersama ahli keluarga jenazah.

Pada malam Ahad lepas, beliau sepatutnya berceramah di DUNnya sendiri Pasir Panjang bersama Mat Sabu, saya telah menggantikannya. Namun, untuk tidak menghampakan orang ramai beliau telah berucap kira-kira 10 minit melalui telepon bimbit. Begitu juga petang Ahad semalam, beliau sepatutnya menyampaikan ucapan dan melancarkan Ikatan Anak-anak Tapah di Perantauan yang diadakan di Puchong Indah, saya juga yang menggantikan tempat beliau, pada petang itu juga, beliau tidak menghampakan orang ramai, beliau berucap melalui telepon bimbit kira-kira 15 minit.

Orang ramai begitu kagum dan teruja dengan sikap dan sifat yang ditunjukkan oleh Hj Nizar. Tidak menghiraukan kesihatannya demi sayangnya pada rakyat. Inilah pemimpin yang sukar ditandinggi oleh mana-mana pemimpin UMNO BN.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!