ANAK-ANAK TAPAH DI PERANTAUAN DILANCARKAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, January 11, 2010


Petang semalam, sempena Jamuan Minum Teh di Puchong Indah anjuran Ikatan Anak-anak Perak di Perantuan, Ikatan Anak-anak Tapah di Perantuan telah dilancarkan. Pelancaran sepatutnya disempurnakan oleh YB Hj Nizar, oleh kerana beliau baru sahaja keluar dari wad, beliau tidak sempat berkejar ke sana. Saya telah menyampaikan ucapan dan melancarkannya bagi menggantikan YB Hj Nizar, turut hadir Presiden Ikatan dan YDP Kawasan Tapah, Sdr. Abdul Rahim Noordin.Walaupun kehadiran anak-anak Tapah tidak ramai,namun penubuhan Anak-anak Tapah di Perantaun cukup memberi makna kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di perantuan. Melalui Ikatan ini, warga Tapah yang berada di perantuan boleh menggunakan saluran ini bagi menyatakan sokongan, menyalurkan sumbangan, memberi buah fikiran dan sebagainya.

Anak-anak di perantauan lebih terbuka fikiran, mereka terdedah untuk mendapat maklumat yang tepat dan benar terhadap isu-isu yang belaku di negara ini. Melalui Ikatan yang ditubuhkan inilah, mereka boleh mengatur program bagi menyalurkan maklumat yang benar kepada warga kampung di kampung masing-masing terutama ahli keluarga dan jiran di kampung. Selain membawa apa sahaja bahan yang boleh dibaca dan didengar oleh rakan-rakan di kampung.

Dalam situasi semua media arus perdana dikuasai oleh UMNO BN, anak-anak Perak di perantuan inilah yang boleh menjadi penyalur maklumat yang tepat sewaktu balek kampung bercuti. Justeru, supaya ia lebih berkesan, program balek kampung hendaklah diurus dan diprogramkan supaya ia lebih bermanfaat dan mencapai hasrat serta cita-cita perjuangan.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!