HJ NIZAR MELAWAT DUA BUAH GEREJA YANG DILEMPAR BOM API DI TAIPING

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, January 11, 2010





YB Hj Nizar meneruskan tugasnya sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Petang tadi beliau melawat Gereja All Saints dan Gereja Saint Louis, dua buah gereja di Taiping yang cuba dibakar menggunakan bom api oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.Kedatangannya disambut oleh pihak pengurusan gereja, mereka sangat gembira dengan kemunculan Hj Nizar secara mengejut itu. Hj Nizar dan rombongan dari PAS Taiping dan Bk. Gantang dibawa meninjau tempat-tempat di gereja tersebut yang dilempar dengan bom api. Turut hadir YB Aulong dari DAP, pimpinan Muslimat Taiping dan Bk. Gantang.Orang ramai dari penganut-penganut Kristian yang mengetahui Hj Nizar berkunjung ke gereja tersebut, terus berkejar untuk bersama menyambut kedatangan Hj Nizar dan mengiringinya melawat kesan-kesan lemparan bom api tersebut.

Selesai melawat dua buah gereja tersebut, Hj Nizar sempat meluangkan masa untuk menziarahi sdr. Saharuddin, salah seorang pegawai Pusat Khidmat Parlimen Bk. Gantang yang akan menjalani pembedahan kecil di lehernya akibat penyakit toirod. Kesempatan itu digunakan oleh beliau untuk bertanya khabar pesakit-pesakit yang lain dan juga orang ramai yang berkunjung ke wad menziarahi keluarga atau rakan-rakan.



About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!