Jamuan makan malam PAS Bagan Datoh telah berjaya menghimpunkan berbagai lapisan masyarakat. Yang hadir bukan sahaja penyokong tegar PAS, malahan mereka yang baru berjinak-jinak mendekati PAS. Penyokong PAS dari dari masyarakat Cina dan India juga kelihatan ramai yang hadir dalam jamuan tersebut. Sebahagian Pimpinan DAP dan PKR dan ahli-ahli masing-masing juga turut hadir memeriahkan suasana.
Tetamu utama malam itu ialah Al Fadhil Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan YB Sivakumar. Ulasan-ulasan ceramah mereka menarik minat orang ramai sehingga tidak ada yang berganjak dari tempat duduk sehinggalah program tamat.YB Sivakumar banyak mengulas isu-isu politik Perak dan peristiwa-peristiwa penting dan genting dalam setiap sidang DUN di Perak. Isu-isu yang tidak pernah diberi liputan yang adil dalam media arus perdana menarik minat orang ramai.
Manakala Datuk Tuan banyak mengulas isu-isu nasional terkini yang melibatkan amalan rasuah kerajaaan BN, penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya.
Catatan Dhuha april 2019
5 years ago