MESEJ TAWAN SEMULA PERAK DALAM HIMPUNAN PEMUDA PAS PERAK (HEMPAP)

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, January 31, 2010



Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP 2010)berjaya menghimpunkan ribuan pemuda PAS dari seluruh pelusuk Perak. Walaupun diadakan dikawasan yang jauh di pendalaman Larut, Sungai Limau, Ijok, namun ia tidak menghalang ribuan pemuda dari pelusuk Perak. Mereka datang tanpa diupah, malahan dikenakan bayaran tambang yang berpatutan, membayar yuran penyertaan atau diminta memberi sumbangan derma. Sepanjang jalan pula menempuh beberapa sekatan jalanraya oleh pihak polis.

Pada malam sebelum HEMPAP diadakan, ceramah pelancaran telah diadakan. Saya bersama YB Dato' Seri Hj Nizar, YB Dato' Amiruddin Hamzah dan beberapa pimpinan Pemuda PAS negeri telah memberi suntikan semangat kepada penduduk tempatan dan para petugas yang berhimpun lebih awal sebelum program HEMPAP dimulakan.


Seawal pagi tadi ribuan pemuda telah mula berdatangan tidak putus-putus secara berkonvoi dengan motosikal, kereta, van dan bas. Program dimulakan dengan majlis perasmian oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak.

Berbagai acara turut diadakan bagi memeriahkan HEMPAP. Kemuncak program ialah pidato YB Salehuddin Ayob, YB Dato' Mahfuz Omar dan Ust Nasaruddin Hassan dan YB Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin.

Mesej yang sangat jelas dalam perhimpunan ialah merampas semula Perak dari UMNO BN. Mesej tersebut dinyatakan dengan jelas melalui ikrar yang dilafazkan oleh ahli-ahli pemuda yang hadir di hadapan pimpinan PAS Pusat dan negeri.

Program tamat kira-kira jam 5.00 petang dengan masing-masing membawa semangat membara bagi menawan Perak dalam pilihanraya akan datang.


About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!