WAKIL KEDUTAAN AMERIKA KUNJUNGI PAS PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, February 1, 2010

Wakil Kedutaan Amerika akan membuat kunjungan hormat ke pejabat PAS Perak jam 11.30 pagi ini. Dalam surat yang dihantar kepada Setiausaha Perhubungan Negeri, mereka kebetulan berada di Perak antara 1 - 3hb. Februari. Kesempatan ini diambil untuk mereka berinterkasi, bertukar fikiran, berdialog dengan PAS Perak. Isu-isu politik Perak juga dijangka menjadi topik utama perbincangan.

PAS Perak mensifatkan kunjungan ini sebagai satu penghormatan oleh sebuah kerajaan besar dunia terhadap keupayaan kepimpinan PAS Perak menerajui politik baru di Perak pada masa kini. Prestasi baik yang ditonjolkan oleh YAB Dato' Seri Ir Hj Nizar sewaktu menerajui Kerajaan PR di Perak menarik minat untuk mereka terus berkomunikasi dengan PAS Perak. Selain itu perpaduan dan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh PAS dan rakan-rakan komponan PR juga mengundang minat mereka untuk mengetahui dengan mendalam senario politik perpaduan dan muafakat yang berjaya ditonjolkan oleh PAS, PKR dan DAP di Perak.

Walau bagaimanapun PAS akan sentiasa berhati-hati dalam pertemuan tersebut pagi esok, PAS tidak akan terjebak dengan permainan politik Amerika melalui wakil dutanya esok sekiranya ada usaha memporak perandakan keharmonian yang berjaya dijalin sesama PR sejak dua tahun yang lalu, ataupun ada usaha bagi Amerika supaya PAS mengikut telunjuk mereka dalam menentukan percaturan politik di Perak.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!