Bertempat di Dewan Konvensyen Banjaria - BIO CAREER, Pt. Buntar hari ini, para blogger PAS Perak dan negeri-negeri yang berhampiran akan berkumpul untuk berkonvensyen sehari suntuk. Turut serta juga para pegawai-pegawai penerangan PAS seluruh Perak. Dijangka ratusan seserta akan menghadirinya.
Bertemakan " Misi Tawan Perak " para blogger yang akan bersidang hari ini sudah tentu akan berbincang bagi menghasilkan satu gerak kerja bersepadu mengenai tugas dan peranan para blogger dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan benar mengenai perjuangan PAS dan isu-isu semasa. Para blogger juga akan berperanan mendedahkan dan membongkar kezaliman UMNO BN dalam mengurus negara terutamanya isu rampasan kuasa di Perak.
Hendaknya selepas ini tidak ada lagi para blogger yang mengaku menjadi ahli PAS mengunakan kesempatan keterbukaan dunia cyber untuk menghentam PAS dan pimpinan PAS. Ahli PAS ada cara lain yang lebih sopan dan tidak merugikan PAS untuk mengkritik dan menegur pimpinan PAS.
Segmen menarik konvensyen hari ini ialah bersama YB Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin, MB rakyat Perak yang disayangi.