EKSPEDISI PR KE SELATAN PERAK MEMBAWA MESEJ KEMBALIKAN KUASA RAKYAT

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, February 7, 2010


Program jelajah DUN di Selatan Perak mencuri tumpuan orang ramai di setiap destinasi yang dilawati. Program jelajah Selatan Perak disertai oleh beberapa pimpinan utama PR dan dan adun-adun PR. PAS diwakili oleh Ust. Abu Bakar Husein selaku Pesuruhjaya dan Misbahul Munir, Setiausaha Perhubungan Negeri, PKR diwakili oleh Mustapa Kamil Ayob, Pengerusi PKR Negeri dan YB Dr. Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng, DAP pula diwakili oleh YB Dato' Ngeh Kho Ham,Pengerusi DAP Negeri dan YB Sivakumar. Beberapa ADUN dan pimpinan ketiga-tiga parti juga turut menyertai expedisi ini.

Rombongan bertolak pukul 8. 30 pagi dari Pokok Demokrasi, Medan Istana dengan menaiki bas. Destinasi pertama di Pasar Awam Batu Gajah, kehadiran rombongan disambut oleh pimpinan PR Batu Gajah, rombongan disajikan sarapan pagi bersama rakyat dan penduduk miskin dari pelbagai kaum yang turut diraikan, mereka juga turut menerima hamper dari pimpinan PR negeri. Rombongan dibawa melawat pasar awam dan gerai-gerai di sekitarnya untuk bersalam-salaman sambil mengedarkan risalah tentang misi ekspedisi PR ke setiap daerah.

Rombongan kemudian terus bertolak menuju pekan Gopeng dan Kampar. Di kedua-dua pekan tersebut, ahli rombongan bertemu orang ramai dan menyampaikan mesej melalui sebaran risalah. Kelihatan orang ramai menyambut baik mesej PR yang sangat jelas bagi memperingatkan setahun rampasan kuasa BN. Rombongan meneruskan perjalanan menuju ke Batu 3, Tapah. Di Tapah, orang ramai dari lapisan kaum dan masyarakat telah berkumpul menunggu ketibaan pimpinan. Masayarakat orang Asli juga turut menyambut ahli rombongan. Sebelum kami dijamu makan tengahari, ucapan-ucapan ringkas oleh ketiga-tiga pimpinan utama parti turut diadakan.Kami berhenti rehat untuk solat Zohor berjamaah di Masjid Tapah. Ekspedisi diteruskan ke Dun Sungkai. Kami bertemu orang ramai di sekitar bandar Bidor. Dari Bidor kami terus ke Dun Slim River, kami dibawa ke pekan lama Trolak, kami menyantuni kaum ibu yang sedang bergotong royong membuat persiapan kenduri di surau berhampiran pekan Trolak. Kehadiran kami yang begitu ramai mengejutkan, setelah pimpinan Muslimat dan Wanita DAP dan PKR menjelaskan tujuan lawatan sambil mengedarkan risalah, mereka segera faham dan menyatakan sokongan.

Rombongan beredar untuk meneruskan ekpedisi menuju Dun Behrang, kami singgah sebentar ke pekan Slim River untuk mengedar risalah di sekitar pekan tersebut. Tumpuan ahli rombongan sekarang ke Dun Behrang, Dun yang wakil rakyatnya telah mengkhianati mandat rakyat sehingga tumbangnya kerajaan PR di Perak. Kami melalui Pusat Khidmat DUN Behrang yang tidak berfungsi dengan baik kepada rakyat, wakil rakyatnya tidak berani bertemu dengan rakyat, wakil rakyat hanya menerima elaun buta tanpa berkhidmat kepada rakyat. Kami dibawa ke Tg. Malim untuk jamuan minum petang bersama pimpinan PR Tg. Malim.

Rombongan seterusnya dibawa melawat Pasar Malam di Tg. Malim. Hujan lebat yang turun petang itu tidak menghalang kami bertemu orang ramai di pasar malam Tg. Malim. Risalah kebenaran tetap kami sebarkan kepada orang ramai, mereka menyambutnya dengan baik.

Kira-kira jam 6.30 petang kami bertolak meninggalkan Tg. Malim menuju Teluk Intan untuk program ceramah gempur di Parlimen Teluk Intan. Setelah solat Maghrib di Masjid At Taqwa Padang Tembak, kami terus dijamu makan malam di Markaz PAS Padang Tembak. Pimpinan PAS kawasan menyampaikan taklimat ringkas ceramah gempur yang diadakan di lima tempat serentak. Ust. Abu Bakar Husein berceramah di Batak Rabit, YB Dato'Ngeh berceramah di Kg. Bahgia, YB Sivakumar di Sungai Samak, saya di Sungai Kerawai, manakala Amran Harun di Kg. Air Hitam. Semua ceramah yang diadakan mendapat sambutan ramai.

Kami meninggalkan Teluk Intan selepas jam 12.00 tengah malam untuk balek semula ke Ipoh.

Selesailah misi ekspedisi sepanjang sehari di Selatan Perak. Beberapa kawasan lain yang belum sempat dilawati seperti Bagan Datoh, Pasir Salak, Parit, Beruas dan Lumut akan disusuli pada masa akan datang. Ekspedisi seumpama ini sangat penting bagi merapatkan hubungan pimpinan PR dengan rakyat di Perak. Ia membawa mesej yang sangat jelas kepada rakyat, mengembalikan semula DUN yang dirampas secara haram kepada rakyat untuk memilih semula kerajaan melalui pilihanraya.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!